Lafazkan Kalimah Cintamu

by - Saturday, January 20, 2018


Info:
Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 10 Malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 132
Terbitan : SR One Sdn Bhd

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu | Ada sebuah drama adaptasi daripada novel yang menarik untuk Liniey tonton iaitu drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Liniey suka dengan karakter Tengku Aqilah yang selamba dan juga Tengku Ryan yang acah-acah poyo. Liniey tak pasti drama tu sekarang dah masuk episod berapa sebab Liniey takde la tengok sepenuhnya drama tu. Maklumlah, masa cerita ni baru ditayangkan, Liniey tinggal dalam kolej lagi. Nak tonton online pun line internet dekat kolej macam siput sedutsss. Sebelum tu, korang pernah baca novel ni tak? Kalau Liniey, tak pernah baca.

Liniey tahu kewujudan cerita ni melalui instagram. Liniey ada tengok beberapa babak yang ditunjukkan dalam video instagram. Selalunya, kalau cerita yang Liniey rasa tak menarik, Liniey takkan ambik tahu sangat and akan skip video tu. Tapi, untuk drama ini, Liniey rasa best. Perasaan membuak-buak nak tahu kenapa Tengku Hisham sangat membenci Tengku Aqilah sedangkan dia anak kandung, bukan anak tiri ke anak pungut. Apa yang Liniey tahu, ayah Tengku Aqilah benci sebab konon dia jadi punca kematian ibunya dan Tengku Hisham tak boleh menerima hakikat kematian isterinya. Tapi sebab apa ye? Kenapa isteri dia meninggal? Apa yang Tengku Aqilah buat sampai ayah kandungnya menuduh dia macam tu? Siapa tahu? Haish geram pulak. Sekarang, dah balik rumah bolehlah nak tengok drama tu. Ada pengikut setia drama ni tak? Alang-alang, Liniey selitkan sekali sinopsis drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang dibarisi oleh pelakon seperti Farid Kamil, Nellydia Senrose, Azri Iskandar, Nadiah Shahab, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

You May Also Like

0 reader dah komen