Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise
 About Mau Kongsi

Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang wujud dan menawarkan kepada warga media sosial untuk menjana pendapatan secara online hanya dengan kongsi artikel yang diberi. Maksudnya disini, korang kongsi artikel dan jika ada pembaca klik artikel tersebut maka korang akan mendapat ganjaran. Harga bergantung kepada tetapan oleh pemilik platform tersebut.

Kalau dulu kewujudan 8 Share, Nuffnang dan Komli (yang ni sangat famous dalam kalangan blogger), sekarang Liniey nak kongsi mengenai satu platform yang lebih kurang sama dengan 8 share iaitu MauKongsi dot com. Tidak kira korang blogger ke bukan blogger, korang boleh gunakan kesempatan ni asalkan rajin share link artikel yang diberi dekat mana-mana laman sosial sama ada facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Yang penting rajin tau, JANGAN MALAS! Liniey sendiri dah cuba guna platform ni, konon buat eksperimen dulu la. Kalau menjadi baru share kat korang. So, sekarang Liniey nak share mengenai Mau Kongsi.


  • Setiap satu artikel yang diberi oleh Mau Kongsi adalah bernilai Rm 10.00 dan satu unique views (UV) atau satu klik bernilai Rm 0.20. Ini bermakna, korang perlu dapatkan 50 unique views untuk dapat Rm 10.00. Masyukk tak? Ok la tu, bukan senang nak dapat duit dengan share artikel, sambil baring-baring, sambil membuang pun boleh hehe gurau-gurau...Oh ya! Unique views dikira berdasarkan visitor dari Malaysia sahaja. Apa yang menarik mengenai Mau Kongsi, platform yang disediakan sangat mudah untuk digunakan. Hanya dengan mendaftar guna Facebook je korang dah boleh mula buat duit. Step yang diberikan pun sangat mudah untuk korang follow.


 Dashboard Mau Kongsi

Kotak biru merupakan jumlah terkumpul duit korang, kotak kuning tu jumlah artikel yang korang dah share, kotak ungu tu Liniey tak berapa pasti, and kotak merah merupakan jumlah member Mau Kongsi setakat ini. Jadi, kalau korang nak jadi sebahagian daripada member Mau Kongsi, jom daftar sekarang. Liniey pun baru join Mau Kongsi iaitu pada 30 Januari 2018. Lepas je daftar Liniey terus pulun share artikel kat media sosial yang ada. Alhamdulillah, 04 Februari lepas Liniey dah boleh cash out. Bila cukup Rm 50.00 (250 UV) dan keatas korang dah boleh cash out tapi sebulan sekali sahaja la. Tunggu dalam beberapa hari, (paling lambat tujuh hari) duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang korang daftarkan. Untuk kali pertama Liniey cash out hari Ahad, hari Selasa duit dah di bank in. Sementara tunggu duit masuk dalam akaun, korang boleh teruskan share artikel yang lain. Seperti yang korang tengok pada kotak biru tu adalah jumlah earning round kedua yang Liniey dah kumpul.

 Sharing Info Mau Kongsi

Gambar kat atas ni merupakan artikel yang mempunyai bilangan unique views yang banyak. Jadi, Liniey nak bagi tips kepada korang yang baru nak mula share artikel daripada Mau Kongsi. Berikut tips daripada Liniey:
  1. Korang fokus share artikel yang korang rasa ramai orang akan klik. Maksudnya, tajuk artikel tu boleh menarik ramai pembaca untuk membaca artikel tersebut. Pada masa yang sama, korang share jugak artikel yang available tu tapi fokus lebih sikit dekat artikel yang menarik minat pembaca. 
  2. Lepas dah share semua artikel yang available, korang fokus untuk share artikel yang hampir tamat tempoh. Korang boleh nampak kat sebelah kanan gambar artikel akan terpapar Ending soon. Haa apalagi. Share je dulu artikel yang nak expired tu, artikel yang baru biarkan dulu. 
  3. Apa nak buat kalau semua artikel yang available tu ending soon? Haa..yang ni kembali kepada tips nombor satu tadi. Faham tak?
  4. Last! Belanja Liniey lepas korang dah boleh cash out..eh takdelah. Cuak la tu.. Ok tu je tipsnya sebab Liniey pun baru jugak try Mau Kongsi ni. Try and error. If okay boleh teruskan guna, kalau tak okay kita gerak dulu..
Ok, selain Mau Kongsi yang Liniey dah bagitau ni dan juga 8 Share,  Nuffnang dan Komli, platform apa lagi yang korang tahu ia boleh menjana duit secara online? Mohan share dekat ruangan komen. Oh ya! Kalau korang rasa artikel ini bermanfaat, sila share di media sosial korang. Button share ada dekat bawah entri ini. Thank you!
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
Assalamualaikum :)

Tips Selfie Untuk Jejaka | Kali ni biarlah gambar yang berbicara naa! Meh tengok gambar kat bawah ni.

tips selfie

Paham tak paham tak? Tak paham tengok balik..kbye!!

Share
Tweet
Pin
Share
6 reader dah komen
ASSALAMUALAIKUM :)

Buah tomato sememangnya mempunyai banyak khasiat yang tak dapat kita dinafikan lagi. Namun begitu, bukan semua tahu tahu khasiat tersebut. Berikut LN kongsikan kepada korang tentang khasiat jus tomato.

Walaupun tomato banyak khasiatnya yang tersendiri, tak semua orang mampu menerima rasa tomato tersebut. Jadi, cuba hasilkan jus tomato dengan ditambahkan susu pekat manis serta asam limau nipis. Selepas itu, tambahkan ais dan bolehlah menikmatinya.

Berikut khasiat minum jos tomato yang dapat dikongsikan kepada pembaca blog linieynor.com.
Share
Tweet
Pin
Share
5 reader dah komen
ASSALAMUALAIKUM :)

Fuhh!!Akhirnya siap jugak senarai blog yang ada pagerank daripada Google. Sebenarnya LN buat senarai ni untuk memudahkan LN blogwalking ke blog yang berpagerank. Lepas siap buat senarai ni terfikir pulak nak berkongsi dengan pembaca blog LN. Ada ke yang baca blog LN ni?hehe !! Jadi, senarai LN sudah buat. Korang bolehlah blogwalking kat blog yang LN senaraikan ni. Bukan setakat blogwalking, tapi tinggalkan komen sepatah dua. InsyaAllah, ni merupakan cara untuk meningkatkan pagerank blog korang.
Share
Tweet
Pin
Share
17 reader dah komen
ASSALAMUALAIKUM :)

Nampak macam aku tersenyum kan.. tapi tidak ketika aku menaip pada masa ini. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai masalah yang datang. Bila ada masalah, munculah stres. Entah apa yang aku fikirkan.. Aku sendiri pun tak tau apa yang aku fikirkan. Serabut sangat.. Bila chatting dengan kawan-kawan alam maya mungkin aku nampak biasa..ceria..macam tiada masalah. Mungkin itu yang mereka nampak pada aku. Tapi aku agak tersentuh dan terharu bila ada seorang kawan lelaki tegur mengatakan aku seperti stres sejak kebelakangan ni.. Eh, tersentak aku bagaimana dia tahu dan bila aku tanya dia katakan dari cara aku chatting. Ya! Dia benar..Memang aku tengan dilanda keserabutan yang amat. Rasa seperti ada yang tidak kena. Sebab itu aku agak touching akhir-akhir ini.
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Assalamualaikum & salam sejahtera :D

Jana Pendapatan Lumayan Dengan Mudah | Ya!! Sekarang ni dengan kewujudan pelbagai media sosial tak mustahil korang boleh jana pendapatan dengan lumayan dengan mudah.  Ini bukan cakap kosong ok!!Dah ramai yang buat duit hanya dengan mengadap laptop di rumah, goyang-goyang kaki sambil korang duk menonton cerita-cerita secara online!! Senang kan? Eh kejap! Nak cakap senang macam tunggu jer duit turun dari langit tu takde laa..Semua benda yang nak dilakukan takde senang-senang macam petik jari. Tak faham?Baca sampai habis entri Jana Pendapatan Lumayan Dengan Mudah baru korang faham.

buat duit

Share
Tweet
Pin
Share
11 reader dah komen


Sedihkan bila putus cinta Lumpuh separuh semangat kita, terasa ada ruang kosong dalam hati kita yang menambahkan lagi rasa sakit itu.  Lagi sakit bila dapat tau yang dia dah ada orang lain dalam sebulan dua putus.. HUH!! Yelaaa, memang aku nak si dia bahagia dengan orang yang dia suka tapi aku tak boleh tipu diri sendiri yang aku kecewa dengan dia & tak boleh terima semua ni.  Rasa ini akan dirasa oleh seseorang yang tidak mempunyai semangat dan kekuatan diri SEPERTI AKU!!   Tapi apa boleh buat..tersilap langkah ketika dilamun cinta.  Semuanya hanya kerana "TERLALU". Terlalu cinta, terlalu sayang, terlalu percaya dan macam2 "TERLALU" lagi..huhu..  Apakan daya jodoh tiada..so REDHA adalah jalan terbaik..kalau tak boleh redha pun cuba juga untuk redha  k.  Pasti ada hikmahnya :)  So, aku ada 10 tips untuk melupakan bekas kekasih korang ..credit to http://amalinaadibah.blogspot.com/ .. baca k..jgn tak baca 


  • Anggap Dia Tidak Wujud : perkara pertama perlu anda lakukan ialah berhenti berlakon bahawa dia masih lagi milik anda . Relakan sesuatu . Mereka biasanya bukan seorang yang sempurna dan tidak mustahil jika kena pada pujuk rayunya, maka hubungan anda akan kembali terjalin sedangkan hati masih sakit mengenangkan setiap perbuatannya . Anggap sajalah dia tidak wujud dalam hidup anda . 
  •  Tutup Buku : perkara kedua perlu anda lakukan ialah , tutup serapat-rapatnya setiap perkara yang pernah anda dan dia lakukan jika anda benar-benar mahu putus dengannya .Anda harus ingat anda mahu menamatkan semuanya .Anda mungkin sudah bertemu dengan orang lain dan dia juga sama .Jangan sesekali bertemu dengannya lagi bila hubungan anda putus .
  • Jangan Hubunginya Lagi : ini satu perkara yang perlu anda amati dalam banyak tip diberi .Apabila anda mengambil keputusan menamatkan sebuah perhubungan ,ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius . Jangan sesekali hubunginya lagi .Memang agak sukar melupakan seseorang yang pernah kita sayangi dan cintai namun ia bukan mengambil masa yang sangat lama untuk anda melupakannya . Buang semua nombor telefonnya , jangan sesekali SMS atau bertanya khabar tentangnya pada kawan-kawan yang mengenalinya .Biarkan masa berlalu mengikut takdir .
  • Sibukkan Diri : tanpa teman istimewa , anda mungkin punya banyak masa dengan diri sendiri . Anda boleh sibukkan diri dengan pergi ke gimnasium atau berjoging . Bukan saja baik untuk tubuh badan malah dengan kesibukan ini anda dapat melupakan dia dengan lebih cepat .Berita menariknya , bila ke gim , anda boleh melihat lebih ramai wanita lain disana .
  • Lupakan Semuanya : bunyinya seperti agak keras dan menakutkan namun anda perlu mempunyai hati kering untuk melakukannya .Membuang memori sebenarnya agak sukar kerana ia berkait rapat dengan hati dan perasaan namun tanyalah pada diri sendiri , sampai bila anda harus berkeadaan begitu. Mengapa anda harus menderita kerananya yang mungkin sudah punya kekasih baru saat anda merana mengenangkannya .Belajarlah menjadi orang yang kuat . Bukan pada tubuh badan tetapi pada hati .
  • Jauhi Kwan-kawannya : jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan pengorbanan .Mungkin agak sukar tetapi ia sangat baik untuk diri anda sendiri. Antara yang harus anda lakukan ialah jauhi kawan-kawannya. Jangan sesekali bertanya khabar lagi kerana anda akan mahu ambil tahu banyak perkara .Anda juga perlu jauhi tempat-tempat yang anda biasa pergi dengannya .
  • Jangan Ambil Barang-Barang : apabila anda sudah maju kehadapan, jagn sesekali berpatah balik atau menoleh ke belakang lagi . Apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lagi kenangan bersamanya. Apa sahaja barangan yang pernah anda berikan kepadanya, jangan sesekali ambil  kerana ia akan mengingatkan lagi anda kepadanya . Lebih membuat sakit hati jika barnag-barang yang anda berikan itu mahal harganya .
  • Keluar Bersama Kawan-kawan : kenangan sering kali membuatkan kita terbuai-buai dengan perasaan . Apabila kenangan datang menjelma , sudah tentu kita tidak berasa kuat lagi untuk menghadapinya . Justeru itu ,keluarlah bersama kawan-kawan anda. Habiskan banyak masa bersma mereka .Ia satu terapi yang paling baik untuk anda melupakan dirinya .
  • Pergi bersukan : bersukan mampu membuatkan tubuh badan lebih sihat selain akan membuatkan seseorang kelelahan. Jadi pergilah keluar bersukan kerana anda akan mudah tertidur pada malam harinya dan anda tidak punya masa untuk berangan lagi tentang bekas kekasih .
  • Selalulah ingati perkara buruk tentangnya : cinta itu indah jika anda selalu mengenang kemanisannya .Namun kalu hati sudah sakit, semuanya jadi benci .Satu perkara yang harus anda lakukan ialah mengingati kepahitan tau sesuatu yang buruk yang pernah terjadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan membuatkan anda benci. Jangan sesekali mengenang kemanisan nanti anda juga yang sakit menanggung rindu . 



Lupakanlah orang yg telah menyakitimu.. Lupakanlah orang yg telah mengecewakanmu... Lupakanlah orang yg telah membohongimu... Lupakanlah orang yg telah membuatmu bersedih...Lupakanlah orang yg telah membuatmu menangis.. Lupakanlah orang yg telah menzalimi dirimu.. Lupakanlah orang yg telah mengkhianatimu.. LUPAKANLAH.. Lupakanlah dan Maafkanlah semua kesalahannya..Hapuslah segala air matamu.. Hapuslah segala kesedihanmu.. Hapuslah segala kekecewaanmu.. MAAFKANLAH SEMUA KESALAHANNYA.. Tersenyumlah.. Kerana akan ada Saatnya seseorang yg akan menggantikan kesedihanmu dgn kebahagiaan, tangisanmu dgn senyuman, kekecwaanmu dengan ketenangan.. Percayalah!! BAHAWA SEMUA ITU AKAN INDAH JIKA SUDAH TIBA WAKTUNYA..
Share
Tweet
Pin
Share
3 reader dah komen
Tepat jam 1.38 a.m Liniey masih online lagi!!Nak tido pun still tak ngantuk so tiba-tiba datang la mood untuk mengupdated entry!!Kebetulan sehari dua ni Liniey agak stres sikit so Liniey updated entry mengenai stres>> KESAN STRES & CARA ATASINYA<<..Harapnya siapa-siapa yang stres tu termasuk Liniey sendiri dapat memahami dengan jelas kesan stres terhadap diri kita!!


Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

CREDIT TO >> http://www.kesihatan.biz/artikel/info_kesihatan.php

Share
Tweet
Pin
Share
4 reader dah komen
Pernah tak korang mengalami perasaan sedih..tipulah kalau tak pernah mengalaminya..bukan manusia la jawabnya kalau tak pernah ada rasa sedih..tak kiralah sebab apa yang berlaku menyebabkan rasa sedih tu wujud dalam diri :( ..Sekarang ni pun aku dalam keadaan bersedih..walau luaran aku nampak happy but aku tak boleh tipu yang aku sedang bersedih juga maybe bercampur dengan perasaan bersalah..i don't know why :(



But maybe lepas tengok video tu korang akan rasa lega..dan mungkin lebih bersemangat..Anggaplah video tu sebagai motivasi untuk melupakan kesedihan yang dialami...


Share
Tweet
Pin
Share
11 reader dah komen




Antara petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1.Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.  

2.Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang. 

3.Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
4.Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

5.Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6.Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7.Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.    

Credit ==<> SINI <>==Banyak lagi petua yang korang boleh dapat kat situ!!
Share
Tweet
Pin
Share
5 reader dah komen


                                                  Credit to Mr.Google

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan persefahaman.Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.

Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha.Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?

                                                Credit to Mr.Google

Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.

Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.

Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati.Jadi,apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.

Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
  
 * Jangan sesekali memungkiri janji.* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.*Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

                                         Credit to Mr.Google

Credit to ==<> SiNi

KATA AKU:Hmm,itu rasa cemburu pasal cinta..tapi macam mana pulak dengan rasa cemburu yang tidak berkait langsung dengan soal hati dan perasaan??..(antara lelaki dan perempuan)..Sebaliknya rasa cemburu itu sebab seseorang tu terasa dia dipinggirkan selepas orang yang dia rapat tu kenal dengan orang lain...Dan seterusnya menjadi rapat dengan orang tu..Orang lain pulak akan mentafsir yang seseorang sudah jatuh hati dengan orang tu..Korang pernah tak mengalami situasi macam tu??Hmm,apa yg pasti orang yang tak pernah lalui situasi macam tu takkan pernah memahami apa yang tersirat dalam hati kita sebab diorang tak pernah lalui apa yang kita pernah lalui..Tapi apabila korang sendiri melalui situasi macam tu barulah korang akan mengerti dengan sendirinya..

Share
Tweet
Pin
Share
14 reader dah komen

  1. Makan ketika lapar dan berhenti apabila kenyang.
  2. Jika tidak lapar,makan sekadar untuk mengunyah dan pastikan anda menikmati setiap kunyahan agar cepat merasa kenyang.
  3. Jangan menghukum diri untuk kelihatan kurus dan yakin anda boleh menjadi langsing.
  4. Jangan makan sekiranya anda sedang marah,sedih,takut atau bimbang.Sekiranya anda makan ketika emosi seperti ini,kemungkinan anda mengalami obesiti.
  5. Berhenti daripada mengharap perkara yang akan mengubah hidup anda supaya merasa lebih baik.Sebaliknya, anda perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang diinginkan.
  6. Apabila anda fikir usaha anda telah gagal, cuba tulis pada kertas setiap makanan yang sudah dimakan dan baca apa yang anda tuliskan.
  7. Cepat sedarkan diri anda apabila anda makan tanpa lapar kerana ia boleh menambahkan lagi berat badan anda.
  8. Walaupun anda telah melakukan pelbagai program diet tetapi berat badan tetap tidak turun. Ini bukan bererti anda tidak berusaha, sebaiknya anda sudah melakukan yang terbaik.      

Credit to ==<> mia-ina.blogspot.com
Share
Tweet
Pin
Share
3 reader dah komen



                                                                     
                                                    Credit to Incik Google


Kehidupan seharian yang sibuk dan permintaan demi permintaan yang menyesakkan dari tempat kerja dan rumah sudah pasti membuatkan kita hilang arah. Fikiran yang berserabut boleh mengurangkan fokus kepada perkara-perkara utama yang perlu diselesaikan. Akhirnya, kerja tak selesai dan fikiran makin berserabut.
Untuk menjadi seorang yang produktif, kita perlu mempunyai pandangan yang jelas dalam membezakan perkara yang penting dengan perkara yang kurang penting. Kita harus mempunyai fikiran yang tenang untuk tujuan ini. Ambillah langkah-langkah dibawah ini untuk menenangkan fikiran anda.


1. Tarik Nafas
Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dulu? Ingat lagi bagaimana kita memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk
Jika anda seorang yang beragama Islam, mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis
Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Kenalpasti Yang Utama
Setelah anda rasa puas dengan apa yang anda tulis, anda kini perlu kenalpasti yang mana yang paling utama. Tandakan dengan nombor atau gunakan “rating system” yang baik untuk membantu anda dalam proses ini. Lebih baik lagi jika anda klasifikasikan perkara-perkara ini berpandukan matlamat hidup anda dan apa yang paling penting dalam hidup anda; keluarga? kerjaya? cinta?

Share
Tweet
Pin
Share
11 reader dah komen
Assalamualaikum :)

                                                   Credit to Incik Google      

Masalah perut buncit boleh diatasi sekiranya kita mengamalkan beberapa langkah mudah seperti di bawah. Tidah kiralah lelaki mahupun wanita pasti tidak mahu masalah ini berterusan. Di sini dikongsikan 5 tips mudah untuk kita semua amalkan:

  1. Senaman Sit Up - Amalkan setiap hari samada di waktu pagi @ petang sekerap yang mungkin setiap hari
  2. Banyakkan minum air kosong. Cuba elakkan dari meminum air manis terutamanya air berkarbonat yang mempunyai kandungan gula yang banyak. Sebaik saja bangun dari tidur amalkan meminum segelas air kosong.
  3. Elakkan minum sambil makan. Sebolehnya habiskan makan dahulu baru minum air.
  4. Elakkan mandi selepas makan. Pastikan anda mandi dahulu sebelum makan.
  5. Kunyah makanan secara perlahan-lahan & sehingga lumat sebelum menelan untuk memastikan proses percernaan berlaku dengan baik. 

Credit to ===<> SINI
Share
Tweet
Pin
Share
10 reader dah komen

Salam semua...

Hari tu Liniey ada kongsikan tips tentang Motivasi Kerja-Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja yang diambil daripada iMOTIVASI.Kalau sape-sape yang tak baca lagi bolehlah check out here > Tips Untuk Tingkatkan Motivasi Kerja.Kali ni pulak Liniey nak kongsi tips lagi,masih berkaitan dengan kerja iaitu Tips Asas Bagaimana Menjadikan Diri Bersemangat juga diambil daripada iMOTIVASI. Terima kasih iMOTIVASI!


Di kala anda bangun setiap pagi untuk pergi bekerja, bersihkanlah hati anda dengan istighfar.
Elak bersangka buruk pagi-pagi sewaktu pintu rezeki terbuka. Ketika dalam perjalanan, elak fikir yang buruk-buruk pasal kerja anda. Jangan bercakap dan jangan fikir pasal apa jua keburukan di tempat kerja anda.Keburukan menarik keburukan. Kebaikan, menarik kebaikan. Penuhkan fikiran dengan memikir hal-hal baik yang anda nampak pada diri rakan-rakan sekerja.

Jika anda selalu berfikir tentang keburukan di tempat kerja, fikiran anda akan menarik keburukan lain datang dimunculkan dalam hidup anda. Lama kelamaan anda hilang semangat nak pergi bekerja!.
Penyelesaianya, niatkan kerja anda sekarang ni satu cara untuk anda berbakti. Lebihkan tolong orang, ringankan beban orang sedaya anda.

Jika anda seorang beragama Islam, eloklah kiranya gunakan kerja sekarang ni sebagai cara untuk menambah taqwa. Berbuat baiklah pada orang lain dengan niat untuk meningkatkan tahap taqwa, supaya apa yang anda buat di redhai Allah, iaitu berbuat baik dalam perhubungan sesama manusia agar mendapat perhatian Allah.

Moga dari situ, rezeki anda murah jadinya hingga membuat anda beroleh rezeki dari sumber tak disangka-sangka.
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen

Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja

Untuk menjadi pekerja bermotivasi,anda perlu lihat performance anda.Anda perlu tahu sejauh mana kualiti hasil kerja anda supaya anda boleh perbaiki mana yang kurang, tambah mana yang bagus.. Dari sinilah motivasi timbul.Jika anda bekerja dalam sebuah tempat kerja organisasi berjawatan, ada bos dan ada penyelia, cara terbaik untuk melihat performance anda adalah dengan bertanya dengan ketua sama ada ketua pejabat, ketua unit atau ketua bahagian di mana anda ditempatkan untuk bertugas.Gunakan cara bertanya.Bertanya mengenai performance anda atau mengenai produktiviti anda bukannya untuk anda tunjuk rajin pada bos tapi untuk anda tahu sejauh mana hasil kualiti kerja anda. Gunakan 4 soalan-soalan berikut sebagai ‘approach’ untuk anda minta dinilai...

1. “Bos, minggu ni kerja saya cemana? OK tak dari yang minggu lepas?”.
2. “Saya minta bos tolong nilaikan kerja saya ni cemana, ada peningkatan atau tidak.”
3. “Minta tolong supaya bos nilai atau perhatikan kerja saya, tegur-tegurlah aspek mana saya perlu perbaiki”.
4. “Pada pandangan bos, kerja saya minggu ni ok tak? Kalau tak OK, mana yang perlu saya OK kan?”.

Sebaik-baik orang untuk anda minta penilaian pada hasil kerja anda adalah dengan ketua anda.Anda boleh minta pandangan dari rakan sepejabat tapi biarlah dengan rakan yang anda lihat dia tu berfikiran positif.
Minta pandangan pada orang yang mahu maju, kelak nanti anda akan dapat respon positif. Kesilapan adalah cara terbaik untuk anda perbaiki diri kerana pekerja yang tak pernah buat silap adalah pekerja yang langsung tak buat kerja.Andai kata anda minta pandangan pada rakan sekerja yang hanya tahu mengkondem bos, mengkondem ketua pejabat, kaki komplen dan kaki ngumpat,anda pun akan di kondemnya sekali. Motivasi kerja anda akan menurun. Apa yang mereka cakap akan diserap masuk oleh minda Anda, kesannya anda akan ingati cakapan mereka sepanjang masa. Akibatnya,anda hilang motivasi nak bekerja.

Ada motivasi, ada energi. Ada energi, semua boleh jadi.


Ehsan: iMOTIVASI
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.
Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X
Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..
Mulut
Hidung
Mata
Dahi
Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut
Hidung
Mata
Dagu

Credit > http://kurakura.my/adab-bersolek-cara-islam/
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Assalamualaikum :) Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29? | Malam ini kita semua bakal mengetahui lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara ...

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  February 2020 (1)
      • Ziarah Blog Yang Usang
  • ►  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger