Bicara Takdir Cinta

by - Monday, February 05, 2018




Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta. Bagi Liniey, lagu tu sangat meruntun jiwa, ditambah dengan penghayatan yang diberikan oleh Muna, memang Liniey bagi thumbs up! Liniey tak sangka suara Muna sebagus ni sebab kalau tak silap dia tersingkir awal (tak pasti minggu keberapa) daripada program realiti Akademi Fantasia. Takdir Cinta membuktikan Muna mampu pergi jauh dalam industri hiburan.

Sebut sahaja pasal takdir cinta,  apa yang ada di fikiran korang? Bagi Liniey, definisi takdir itu sendiri sudah menggambarkan tentang suratan nasib yang telah ditetapkan oleh-Nya dan perlu diterima oleh manusia setelah puas berusaha. Tidak kiralah takdir tu dari segi apa misalnya kehidupan, cinta, alam pekerjaan ataupun kekeluargaan. Kadang-kadang ada yang susah menerima takdir sebab tak boleh terima hakikat atau terlalu sedih dengan perkara yang berlaku. Tapi bagi Liniey, kalau kita dah tetapkan dalam fikiran kita bahawa apa yang terjadi mesti ada hikmah yang Allah nak bagi selepas itu, insyaAllah kita akan perlahan-lahan redha dengan sesuatu perkara yang berlaku.

Kalau korang yang belum tengok official muzik video Takdir Cinta, meh Liniey kongsikan sikit. Lagu ni mengisahkan seorang isteri yang tidak dapat menerima berita kematian suaminya, ditambah dengan dirinya yang sedang berbadan dua dan belum sempat pun bagitau suami dia.. sedih kan? Dan Liniey tahu situasi macam ni bukan je sekadar dalam muzik video, malah dalam alam realiti pun mesti ada kan. Memang susah nak terima kenyataan bahawa kita kehilangan orang yang tersayang untuk selama-lamanya, tapi macam Liniey cakap, kalau kita fikir positif kita akan boleh terima walaupun secara perlahan-lahan.

Jom tonton muzik video Takdir Cinta oleh Muna Shahirah.


You May Also Like

0 reader dah komen