Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise




>>Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat..
                           HOT!!Jana RM cara mudah
>>Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu..

>>Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa kan bait-baitnya..

>>Seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai..Bukan karena kamu jatuh cinta padanya,namun kamu peduli akan orang itu,dan kamu memikirkannya ketika mereka tidak ada..

                                        


>>Bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan, tercipta seribu kenangan. kini hadirnya persahabatan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan.Lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang. malah tak siapa bisa mengubahnya, itulah realiti kehidupan. namun, sebuah persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan di hati yang abadi..

>>Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan..

>>Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG..

>>Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana kemungkinan satu kekurangan darinya, kau mungkin akan menjauhinya..

                              


>>Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah..

>>Sahabat umpama air di kala dahaga.Sahabat umpama nasi kala lapar dan sahabat umpama cahaya di masa gelap..

>>Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang hanya mementingkan diri sendiri..

                                       

                                      

Share
Tweet
Pin
Share
27 reader dah komen
Tepat jam 1.38 a.m Liniey masih online lagi!!Nak tido pun still tak ngantuk so tiba-tiba datang la mood untuk mengupdated entry!!Kebetulan sehari dua ni Liniey agak stres sikit so Liniey updated entry mengenai stres>> KESAN STRES & CARA ATASINYA<<..Harapnya siapa-siapa yang stres tu termasuk Liniey sendiri dapat memahami dengan jelas kesan stres terhadap diri kita!!


Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

CREDIT TO >> http://www.kesihatan.biz/artikel/info_kesihatan.php

Share
Tweet
Pin
Share
4 reader dah komen
Newer Posts
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Assalamualaikum :) Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29? | Malam ini kita semua bakal mengetahui lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara ...

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ▼  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ▼  August 2012 (2)
      • ✿Madah-madah Persahabatan✿
      • Kesan Stres & Cara Atasinya!!
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger