Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise
 About Mau Kongsi

Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang wujud dan menawarkan kepada warga media sosial untuk menjana pendapatan secara online hanya dengan kongsi artikel yang diberi. Maksudnya disini, korang kongsi artikel dan jika ada pembaca klik artikel tersebut maka korang akan mendapat ganjaran. Harga bergantung kepada tetapan oleh pemilik platform tersebut.

Kalau dulu kewujudan 8 Share, Nuffnang dan Komli (yang ni sangat famous dalam kalangan blogger), sekarang Liniey nak kongsi mengenai satu platform yang lebih kurang sama dengan 8 share iaitu MauKongsi dot com. Tidak kira korang blogger ke bukan blogger, korang boleh gunakan kesempatan ni asalkan rajin share link artikel yang diberi dekat mana-mana laman sosial sama ada facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Yang penting rajin tau, JANGAN MALAS! Liniey sendiri dah cuba guna platform ni, konon buat eksperimen dulu la. Kalau menjadi baru share kat korang. So, sekarang Liniey nak share mengenai Mau Kongsi.


  • Setiap satu artikel yang diberi oleh Mau Kongsi adalah bernilai Rm 10.00 dan satu unique views (UV) atau satu klik bernilai Rm 0.20. Ini bermakna, korang perlu dapatkan 50 unique views untuk dapat Rm 10.00. Masyukk tak? Ok la tu, bukan senang nak dapat duit dengan share artikel, sambil baring-baring, sambil membuang pun boleh hehe gurau-gurau...Oh ya! Unique views dikira berdasarkan visitor dari Malaysia sahaja. Apa yang menarik mengenai Mau Kongsi, platform yang disediakan sangat mudah untuk digunakan. Hanya dengan mendaftar guna Facebook je korang dah boleh mula buat duit. Step yang diberikan pun sangat mudah untuk korang follow.


 Dashboard Mau Kongsi

Kotak biru merupakan jumlah terkumpul duit korang, kotak kuning tu jumlah artikel yang korang dah share, kotak ungu tu Liniey tak berapa pasti, and kotak merah merupakan jumlah member Mau Kongsi setakat ini. Jadi, kalau korang nak jadi sebahagian daripada member Mau Kongsi, jom daftar sekarang. Liniey pun baru join Mau Kongsi iaitu pada 30 Januari 2018. Lepas je daftar Liniey terus pulun share artikel kat media sosial yang ada. Alhamdulillah, 04 Februari lepas Liniey dah boleh cash out. Bila cukup Rm 50.00 (250 UV) dan keatas korang dah boleh cash out tapi sebulan sekali sahaja la. Tunggu dalam beberapa hari, (paling lambat tujuh hari) duit akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang korang daftarkan. Untuk kali pertama Liniey cash out hari Ahad, hari Selasa duit dah di bank in. Sementara tunggu duit masuk dalam akaun, korang boleh teruskan share artikel yang lain. Seperti yang korang tengok pada kotak biru tu adalah jumlah earning round kedua yang Liniey dah kumpul.

 Sharing Info Mau Kongsi

Gambar kat atas ni merupakan artikel yang mempunyai bilangan unique views yang banyak. Jadi, Liniey nak bagi tips kepada korang yang baru nak mula share artikel daripada Mau Kongsi. Berikut tips daripada Liniey:
  1. Korang fokus share artikel yang korang rasa ramai orang akan klik. Maksudnya, tajuk artikel tu boleh menarik ramai pembaca untuk membaca artikel tersebut. Pada masa yang sama, korang share jugak artikel yang available tu tapi fokus lebih sikit dekat artikel yang menarik minat pembaca. 
  2. Lepas dah share semua artikel yang available, korang fokus untuk share artikel yang hampir tamat tempoh. Korang boleh nampak kat sebelah kanan gambar artikel akan terpapar Ending soon. Haa apalagi. Share je dulu artikel yang nak expired tu, artikel yang baru biarkan dulu. 
  3. Apa nak buat kalau semua artikel yang available tu ending soon? Haa..yang ni kembali kepada tips nombor satu tadi. Faham tak?
  4. Last! Belanja Liniey lepas korang dah boleh cash out..eh takdelah. Cuak la tu.. Ok tu je tipsnya sebab Liniey pun baru jugak try Mau Kongsi ni. Try and error. If okay boleh teruskan guna, kalau tak okay kita gerak dulu..
Ok, selain Mau Kongsi yang Liniey dah bagitau ni dan juga 8 Share,  Nuffnang dan Komli, platform apa lagi yang korang tahu ia boleh menjana duit secara online? Mohan share dekat ruangan komen. Oh ya! Kalau korang rasa artikel ini bermanfaat, sila share di media sosial korang. Button share ada dekat bawah entri ini. Thank you!
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html
Share
Tweet
Pin
Share
1 reader dah komen



Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta. Bagi Liniey, lagu tu sangat meruntun jiwa, ditambah dengan penghayatan yang diberikan oleh Muna, memang Liniey bagi thumbs up! Liniey tak sangka suara Muna sebagus ni sebab kalau tak silap dia tersingkir awal (tak pasti minggu keberapa) daripada program realiti Akademi Fantasia. Takdir Cinta membuktikan Muna mampu pergi jauh dalam industri hiburan.

Sebut sahaja pasal takdir cinta,  apa yang ada di fikiran korang? Bagi Liniey, definisi takdir itu sendiri sudah menggambarkan tentang suratan nasib yang telah ditetapkan oleh-Nya dan perlu diterima oleh manusia setelah puas berusaha. Tidak kiralah takdir tu dari segi apa misalnya kehidupan, cinta, alam pekerjaan ataupun kekeluargaan. Kadang-kadang ada yang susah menerima takdir sebab tak boleh terima hakikat atau terlalu sedih dengan perkara yang berlaku. Tapi bagi Liniey, kalau kita dah tetapkan dalam fikiran kita bahawa apa yang terjadi mesti ada hikmah yang Allah nak bagi selepas itu, insyaAllah kita akan perlahan-lahan redha dengan sesuatu perkara yang berlaku.

Kalau korang yang belum tengok official muzik video Takdir Cinta, meh Liniey kongsikan sikit. Lagu ni mengisahkan seorang isteri yang tidak dapat menerima berita kematian suaminya, ditambah dengan dirinya yang sedang berbadan dua dan belum sempat pun bagitau suami dia.. sedih kan? Dan Liniey tahu situasi macam ni bukan je sekadar dalam muzik video, malah dalam alam realiti pun mesti ada kan. Memang susah nak terima kenyataan bahawa kita kehilangan orang yang tersayang untuk selama-lamanya, tapi macam Liniey cakap, kalau kita fikir positif kita akan boleh terima walaupun secara perlahan-lahan.

Jom tonton muzik video Takdir Cinta oleh Muna Shahirah.


Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Newer Posts
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Assalamualaikum :) Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29? | Malam ini kita semua bakal mengetahui lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara ...

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ▼  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ▼  February 2018 (3)
      • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
      • PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malays...
      • Bicara Takdir Cinta
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger