Assalamualaikum.
Cara Daftar Shopee | Pasti ramai yang tahu kewujudan Shopee-Buy and Sell. Siapa yang suka membeli-belah secara dalam talian (shopping online) mesti tahu tentang Shopee ni.
Kalau korang berminat nak membeli atau menjual di Shopee, jom daftar akaun Shopee. Nak daftar senang sahaja, mari Liniey kongsi. Jangan lupa klik gambar untuk besarkan.
Mula-mula buka laman web shopee >> Shopee Malaysia
Cara Daftar Shopee | Pasti ramai yang tahu kewujudan Shopee-Buy and Sell. Siapa yang suka membeli-belah secara dalam talian (shopping online) mesti tahu tentang Shopee ni.
Eh! Saya pun suka shopping online tapi saya tak tahu pun pasal Shopee ni?😦Sabar sabar. Kalau masih ada yang tak tahu tentang Shopee, mari sini baca. Liniey nak kongsi serba sedikit tentang Shopee. Shopee merupakan laman web atau gedung membeli belah secara dalam talian. Shopee membolehkan kita semua membeli dan menjual secara dalam talian walaupun dengan menggunakan handphone. Shopee ni lebih kurang Lazada, Zalora, Mudah.my semua tu haa. Kalau tak kenal Lazada dan sebagainya jangan gelar diri kaki shopping online laa😆Liniey tak pasti bila kewujudan Shopee ni, tapi lebih kurang beberapa tahun yang lepas. Tak lama sangat dan tak baru sangat. *betulkan kalau Liniey salah
Kalau korang berminat nak membeli atau menjual di Shopee, jom daftar akaun Shopee. Nak daftar senang sahaja, mari Liniey kongsi. Jangan lupa klik gambar untuk besarkan.
Mula-mula buka laman web shopee >> Shopee Malaysia
Nampak kotak kuning tu? Klik Daftar.
Lepas tu, korang isi nombor telefon korang tu. Jangan nombor telefon orang lain pulak😄
Dah isi nombor telefon, tekan Hantar Verifikasi untuk mendapatkan kodnya. Tujuan kod verifikasi ni adalah untuk mengesahkan nombor pemilik yang nak mendaftar akaun ni. Nanti kod akan dihantar melalui sms. Dah dapat kod tu, terus isi di kotak kedua. Jangan lupa masukkan nama korang beserta kata laluan di kotak ketiga dan keempat. Pastikan korang ingat kata laluan tu ye sebab nanti korang akan guna untuk log masuk Shopee.
Dah siap isi semua, klik Daftar. Dah siap! Korang dah ada akaun Shopee. Dah boleh shopping dan jual produk yeayy..Oh kalau nak senang lagi pilih daftar melalui emel atau facebook je.
#Linieytanya Korang selalu shopping online kat mana? Share kat ruangan komen ok..