Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise




>>Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat..
                           HOT!!Jana RM cara mudah
>>Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu..

>>Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa kan bait-baitnya..

>>Seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai..Bukan karena kamu jatuh cinta padanya,namun kamu peduli akan orang itu,dan kamu memikirkannya ketika mereka tidak ada..

                                        


>>Bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan, tercipta seribu kenangan. kini hadirnya persahabatan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan.Lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang. malah tak siapa bisa mengubahnya, itulah realiti kehidupan. namun, sebuah persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan di hati yang abadi..

>>Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan..

>>Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG..

>>Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana kemungkinan satu kekurangan darinya, kau mungkin akan menjauhinya..

                              


>>Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah..

>>Sahabat umpama air di kala dahaga.Sahabat umpama nasi kala lapar dan sahabat umpama cahaya di masa gelap..

>>Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang hanya mementingkan diri sendiri..

                                       

                                      

Share
Tweet
Pin
Share
27 reader dah komen
Tepat jam 1.38 a.m Liniey masih online lagi!!Nak tido pun still tak ngantuk so tiba-tiba datang la mood untuk mengupdated entry!!Kebetulan sehari dua ni Liniey agak stres sikit so Liniey updated entry mengenai stres>> KESAN STRES & CARA ATASINYA<<..Harapnya siapa-siapa yang stres tu termasuk Liniey sendiri dapat memahami dengan jelas kesan stres terhadap diri kita!!


Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.
1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri

Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan

Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.

CREDIT TO >> http://www.kesihatan.biz/artikel/info_kesihatan.php

Share
Tweet
Pin
Share
4 reader dah komen

 Hye u uolllsss!!
Haisyyy Liniey dah jatuh cinta dah nga ustaz Hafiz :x ..opsss sebenarnya bukan Liniey yang jatuh cinta nga ustaz tuuu tapi unnie Fiza ni haaa *chuckle*..Haha korang jangan salam paham naa..ustaz Hafiz yang dimaksudkan tu adalah watak dalam novel SUAMI AKU USTAZ..Masa Liniey dan unnie skyping tadi unnie ada ada citer sikit pasal novel ni..(untung la unnie dah baca novel tu eh)..Liniey un belum baca lagi novel tu tapi tengok daripada unnie citer tu cam best jaa..So Liniey godek2 la kat google cari sinopsis novel nii..meh baca naa!

Sinopsis novel: Suami Aku Ustaz

                     
 Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun.Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat? “Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”

Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?
Nampak cam best jer..sape ada novel tu kasi la pinjam naa*chuckle*..malas nak beli:P
Share
Tweet
Pin
Share
14 reader dah komen
Taraaaaaa!!Inilah muzik video rasmi untuk lagu Terukir Di Bintang by Yuna!!



Hah amacam??Korang rasa video mana lagi best antara yang official and unofficial?Ada macam-macam feedback yang kita dapat baca kat ruangan komen u tube tuu..Antara feedback mereka ialah:

>> To be honest, the vid is not that bad..... there are some originality to it yet i would hav to agree you can't really see the connection with the whole vid concept towards the song bt nevertheless its still a great vid :) keep on doing wat u do best Yuna ;)

>> The awkward moment when the Unofficial MV is better than the Official MV..

>> maybe yuna team decide this time she jus wanna do a vintage kinda of treatment with props inclined towards the direction. maybe a dedication to her bandmates, how she appreciates them and wish they would stick together forever...as you can see they were potrayed as black and white aswell..in an old potrait posing together :)

 Bagi Liniey,video yang unofficial lagi best kottt..tak tau kenapa..maybe sebab ada Qi kottt..hehe..Walau apa pun video yang official ni tetap ohsem!!

Ini dia unofficial video Terukir Di Bintang!!Dah 2 juta lebih views :O ohsemm!!


Share
Tweet
Pin
Share
11 reader dah komen

Baca jer la yang tu -_-


Share
Tweet
Pin
Share
12 reader dah komen

First of all,thanks to Muaz Faris sebab membenarkan Liniey berkongsi tutorialnya di blog ni..So kepada pengguna twitter bolehlah mencuba tutorial ini :)

Hasilnya akan jadi lebih kurang camni la apabila ada orang follow twitter korang :D

tutorial blog
                                                  
 
 Jom ikut step dibawah :

1. Daftar di IFTT terlebih dahulu dengan masuk ke web http://ifttt.com
>>Join & create account

ifttt+1 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

2. Pergi ke ruangan dashboard dan tekan “Create a task“
ifttt+2 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

3. Klik pada perkataan “THIS“
ifttt+3 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

4. Pada bahagian “Choose Trigger Channel”, cari logo Twitter dan klik padanya.
ifttt+4 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

5. Pada bahagian twitter “Choose a trigger”, pilih New Follower seperti dalam gambar di bawah.
ifttt+5 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

6. Teken “Create Trigger“
ifttt+6 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

7. Kemudian akan keluar camni, just pilih “THAT“. Lepas tu buat sama cam step 4.
ifttt+7 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

8. Pada bahagian “Choose an action”, pilih “Post a new tweet“
ifttt+8 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

9. Isi la apa-apa ayat yang superb bagi followers korang rasa terharu, lepas tu.. “Create Action“
ifttt+9 
[Tutorial] Jom auto tweet guna Ifttt

10. Yang terakhir.. tekan cepat-cepat “Create Task” dan korang dah berjaya buat auto tweet sendiri. Tahniah! Yang # hashtag tu, tak perlu pun tak pe..


Dah siappp!!! Senang jer kan?So tunggu apa lagi..Pengguna twitter tu cepat-cepat la cuba tutorial ni!!Nanti bila ada orang follow twitter korang akan keluar la tweet camtu :D.Kalau rasa nak jenguk kelebihan lain IFTTT ni pun boleh.. tengok kat Recipes tu. Macam-macam lagi benda boleh buat dengan ifttt.com ni seperti youtube, dropbox, evernote dan pelbagai lagi..

Sumber : http://muazfaris.com/tutorial-jom-auto-tweet-guna-ifttt/
 
Sambil-sambil tu bolehlah follow twitter Liniey ea >> @IamLiniey dan twitter Muaz Faris >> @MuazFaris ..Thanks again Muaz :)


Share
Tweet
Pin
Share
9 reader dah komen

Yang pertama ku bukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jantungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya


Yang terakhir ku pejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Berdenyut resahku menanti malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk reda
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

(kerinduan bukan teman)
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan

#mood:RINDU:(
Share
Tweet
Pin
Share
4 reader dah komen
Newer Posts
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 22
    Tonton Online Ariana Rose Episod 22
    ASSALAMUALAIKUM :)

Blog Archive

  • ▼  2020 (1)
    • ▼  February 2020 (1)
      • Ziarah Blog Yang Usang
  • ►  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger