ASSALAMUALAIKUM :)
Nampak macam aku tersenyum kan.. tapi tidak ketika aku menaip pada masa ini. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai masalah yang datang. Bila ada masalah, munculah stres. Entah apa yang aku fikirkan.. Aku sendiri pun tak tau apa yang aku fikirkan. Serabut sangat.. Bila chatting dengan kawan-kawan alam maya mungkin aku nampak biasa..ceria..macam tiada masalah. Mungkin itu yang mereka nampak pada aku. Tapi aku agak tersentuh dan terharu bila ada seorang kawan lelaki tegur mengatakan aku seperti stres sejak kebelakangan ni.. Eh, tersentak aku bagaimana dia tahu dan bila aku tanya dia katakan dari cara aku chatting. Ya! Dia benar..Memang aku tengan dilanda keserabutan yang amat. Rasa seperti ada yang tidak kena. Sebab itu aku agak touching akhir-akhir ini.


.jpg)

