ASSALAMUALAIKUM :)
Julia, gadis remaja yang baru sahaja berusia 20 tahun merupakan anak bongsu kepada pasangan Malik dan Sabariah. Dia sangat manja dan mahu orang di sekelilingnya mengikut segala kemahuannya. Julia yang sedang belajar di salah sebuah kolej swasta sedang mabuk bercinta dengan Jeff, anak jiran tetangganya. Jeff mempengaruhi Julia untuk berhenti belajar dan mencari kerja lalu berkahwin dengannya. Orang tua Julia sungguh kecewa dan tidak merestui hubungannya dengan Jeff yang dianggap memberi pengaruh buruk untuk masa depannya.
Malik dan Sabariah kemudiannya bercadang untuk menjodohkan Julia dengan Romi Suffian (27 tahun), anak dari kenalan lama mereka yang sudah berhijrah dan menetap di Australia. Romi dipertanggungjawabkan oleh ibu bapanya untuk menguruskan sebuah syarikat penerbitan buku di sini. Romi sendiri sedang dalam proses mencari material untuk menulis satu buku bertajuk “Wanita Solehah: Liku untuk ke jalannya”.



