ASSALAMUALAIKUM :)
Sebenarnya LN tengah rajin nak review blog korang. LN ada update kat fanpages suruh blogger tinggalkan link blog untuk direview oleh LN. Ada la dua tiga orang yang sudi blognya direview oleh LN..hehe!! Boleh lagi tinggalkan link kalau nak direview. PM tau :)
Blog kedua yang menjadi mangsa review LN ialah blog Syira Lokman. Kalau sebelum ni LN review blog gadis Kelate, ni haa nak review pula si gadis cantik asal dari Perak ni. Umurnya muda lagi. Dalam 20 ke 21 tahun. Kalau salah tolong betulkan ea Syira.hehe
Bila buka blog Syira ni, hah ambik kau!! Warna merah jambu je nampak. Nampak sangat peminat merah jambu. Bab design blog, ok! Simple tapi cantik. Yang pastinya kemas! Tu paling penting tau. Followers pun Syira letak bahagian atas. Nampaknya followers didahulukan, entri diutamakan. Hah gituu!! Cakap sahaja tak guna..jom tengok gambar blognya dulu. Tadaaaaa!!!



