ASSALAMUALAIKUM :)
Lupakanlah Masa Lalumu Yang Menyakitkan | Izinkan LN untuk mencoretkan entri berkaitan soal hati dan perasaan jarang-jarang ea. Lagipun blog ni bukanlah blog yang hanya mempunyai satu niche sahaja. LN ikut suka hati. Apa yang terdetik di minda atau dihati itulah yang akan ditulis. Jangan pula ada yang mengkritik hanya disebabkan entri soal cintan cintun..huhu
Berbalik kepada apa yang LN nak ceritakan, petang tadi LN chatting dengan adik angkat LN dari Indonesia. Namanya Elistia Dwi Pratiwi. LN ceritakan tentang si ex yang tetiba masuk dalam mimpi. Katanya si Dwi LN mungkin belum move on. Lalu LN beritahu dia mungkin kerana lelaki itu cinta pertama LN jadi agak susah untuk melupakan dia. Dwi memberitahu dia juga pernah merasai apa yang LN rasa tapi katanya dia sudah move on kerana dia ikhlas dengan perpisahan itu.
.jpg)

