Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
>>Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat..
>>Teman boleh diibaratkan dengan pasir-pasir di pantai tapi sahabat yang satu adalah mutiara di antara pasir-pasir itu..
>>Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa kan bait-baitnya..
>>Seorang sahabat adalah seseorang yang kamu cintai..Bukan karena kamu jatuh cinta padanya,namun kamu peduli akan orang itu,dan kamu memikirkannya ketika mereka tidak ada..
>>Bermula satu pertemuan, terjalin sebuah ikatan, tercipta seribu kenangan. kini hadirnya persahabatan menguji keutuhan dan kesetiaan dalam persahabatan.Lantaran itu, belajarlah menghargai sebuah kenangan kerana ia kini hanya wujud dalam ingatan dan tak mungkin akan berulang. malah tak siapa bisa mengubahnya, itulah realiti kehidupan. namun, sebuah persahabatan yang sejati pasti akan membawa kerinduan di hati yang abadi..
>>Untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun. Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan..
>>Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG..
>>Apabila ingin bersahabat,janganlah kerana kelebihannya kerana kemungkinan satu kekurangan darinya, kau mungkin akan menjauhinya..
>>Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah..
>>Sahabat umpama air di kala dahaga.Sahabat umpama nasi kala lapar dan sahabat umpama cahaya di masa gelap..
>>Mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga daripada mempunyai seribu teman yang hanya mementingkan diri sendiri..
Cara Mudah untuk Mengatasi Stres
1. Pemakanan yang Betul
Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.
2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.
3. Berehat
Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.
4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.
Nampak cam best jer..sape ada novel tu kasi la pinjam naa*chuckle*..malas nak beli
Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.
Lots of love,
Liniey Nor
Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...