Assalamualaikum!!Korang apa khabar??Lama tak dengar ceta korang..HAHA!! *gelak sorang2* ..Sorry la lama x menghupdated blog ni..Kdg2 busy,kdg2 xde mood!!Nak updated blog pun kena ada mood tau!!HEHE..
Btw,Liniey ada something nak share kat korang yg still xtau lagi..yang dah tau tuh duk diam2 naaa :p!!Sebelum tuhh nak tanya sape kat sini minat sangat nga YUNA & QI?Cer hangkat tangan nak tgkk @@!! Alaaa..liniey tau ramai sgt minat nga depa neh kann!!HEHE!!
Kalau korang nak tau,muzik video yg menampilkan duet antara Yuna dan Qi sudah pun dilancarkan semalam di youtube.Tajuk lagunya KL Kita..Lagu ni memang best,so dgr tauu!!
Lagu KL Kita juga merupakan runut bunyi untuk filem arahan pertama Bront Palarae dan dua pengarah lain iaitu KOLUMPO.Filem ni maybe akan ditayangkan pada tahun 2013 kelak!InsyaAllah :)
Kepada mereka yang tak tengok lagi muzik video KL Kita,boleh tengok kat bawah nii...
#Nampak sweet sangat diorang kan??Tapi sayang diorang dah break :(
Nothing to say about that..
Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,
Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata
Sejauh mana
Langkah ku di sana
Aku melupakan Mu
Seluas mana
Kau beri padaku
Masih ku angkuh pada-Mu
Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku
Ya Allah
Apa yang bisa
Tebus kepada-Mu
Atas dosaku
Ya Allah
Hina terasa
Biar ku bersujud
Untuk ke syurga-Mu
Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati
[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Aku ada kerna engkau ada
Cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Ke mana pun kan pasti kembali
[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku
Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta
"Puas hati kau?? puas??!! mama marah aku sebab kau!! Iman kenapa kau
pentingkan diri sangat ini?? mana BFF aku yang selalu dengar kata mama??
apa yg Ila itu dah asuh kepala otak kau??Apa!!??" Jerit Liniey pada
Iman... Dia berlari masuk ke bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat
sekali sehingga Iman terkejut dengan tindakan Liniey..sahabat dari
kecilnya..Liniey tak pernah marah sebegitu rupa dengannya walaupun Iman
selalu usik dan membuat Liniey marah....
Itu antara sebahagian cerpen Dia Pilihan Ku yang ditulis oleh akak alam maya Liniey,unnie Fiza .Jalan cerita cerpen Dia Pilihan Ku ni bukanlah 100% yang berlaku terhadap Liniey cuma nama wataknya ada nama Liniey..watak heroin lagi tu..kehkehBtw unnie,serius liniey cakap liniey dapat rasa apa yang watak LINIEY & IMAN rasa sampai berair mata ni..sob2 =_=..Untuk pengetahuan korang,unnie Fiza ni baru berjinak-jinak dalam dunia penulisan cerpen..So hopefully korang support la dia k :) Jadi apa lagi..meh la baca sepenuhnya cerpen DIA PILIHAN KU kat sini >> Dia Pilihan Ku
To unnie Fiza:Liniey akan support unnie dalam apa jua yang unnie lakukan..Teruskan perjuangan dalam penghasilan cerpen..apa-apa komen pun yang unnie terima mengenai karya unnie, unnie kena terima dgn positif k :) n Liniey doakan impian unnie untuk jadi penulis novel akan tercapai
*Gambar sekadar hiasan
Kebiasaannya
orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati
suka. Keegoaannya agak tinggi,mungkin si tampan merasakan dirinya
digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononnya mahu pilih yang
terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran.
2.
Persepsi sukar di dekati
Perempuan
biasanya menganggap si jejaka kacak agak sukar untuk didekati, apatah
lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang
perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang
merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna
sampai ke tua lah si kacak membujang.3. Maintenance tinggi
Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari jadi
4. Pernah dikecewakan
Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
5. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.
6. Terlalu banyak Pilihan
Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang kacaklah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.
7. Terlalu komited dengan kerjaya
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang kacak biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri.
8. Gosip terlalu banyak
Orang yang kacak selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan.
Tags
8share
Artis
Berita
Bila Liniey Nor Review
Blog Liniey Nor
Contest
Domain Baru
Drama
Entri Penghargaan
Hiburan
Informasi
iPmart
Lirik lagu
Macam-macam
Mesin Lipat Baju
Nama Tempat Pelik
Official Muzik Video
Pengiklanan
Personal
Ranking Alexa
Review
Review Blog
Segmen
Segmen Bloglist
Sinopsis
Sukan
Supersquad
Tips
Tonton Online
Unofficial Muzik Video
Wordless Wednesday