Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise

                                        Credit foto: OHBULAN!



Anugerah Juara Lagu Ke-26 sudah berlabuh tirainya dan keputusan penuh pemenang sudah diumumkan.Walaupun ada yang tak puas hati ke dah tak boleh buat apa dah.Memang sudah rezeki Hafiz.Kalau diikutkan saya mengharapkan lagu Penakut daripada Yuna yang akan memenangi AJL kali ini.Tapi dah tak ada rezeki kita terima je la.Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang tak menang persembahan anda memang mantap cuma harus diingat hanya 1 sahaja lagu yang layak dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-26: 

Juara Lagu > Awan Nano-Hafiz 

Naib Juara > Beribu Sesalan-Ning Baizura,Jaclyn Victor,Shila Amzah

Tempat Ke-3 > Karma-Faizal Tahir

Vokal Terbaik > Awan Nano-Hafiz

Persembahan Terbaik > Kisah Hati > Alyah




Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen




Lebih kurang 4 jam lagi Anugerah Juara Lagu Ke-26 akan berlangsung di Stadium Putra,Bukit Jalil dengan bertemakan air..Wahh,tak sabar rasanya nak tengok persembahan yang mantap daripada artis-artis yang akan bertanding malam ini..Rasanya anda pun tak sabar untuk menyaksikannya..yerr tak?Melihat kepada senarai artis yang akan bertanding malam ini tak dinafikan semuanya gempak..Tetapi adat pertandingan ada menang ada kalah dan semestinya hanya 1 lagu yang akan dinobatkan sebagai juara lagu.

Berikut adalah senarai giliran finalis yang akan membuat persembahan:
1) Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol
2) Sedetik Lebih - Jaclyn Victor
3) Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque
4) Penakut -Yuna
5) Kalau Berpacaran - Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
6) Cinta Muka Buku - Najwa Latif
7) Karma - Faizal Tahir
8) Kisah Hati – Alyah
9) Sungai Lui – Aizat
10) Gadis Semasa – Yuna
11) Awan Nano – Hafiz
12) Beribu Sesalan – 3 Suara

Agak-agak siapa pilihan anda yer?Yuna?3 Suara?Faizal Tahir?Aizat??Apa-apa pun kita nantikan sahaja keputusannya malam ini.Bagi anda yang tidak dapat menyaksikan AJL di Stadium Putra,Bukit Jalil,anda boleh menyaksikannya secara LIVE STREAMING di http://live.tv3.com.my/ajl26/.Bagi yang tak ada kemudahan internet tu boleh jer tengok di TV3 yang disiarkan secara langsung pada pukul 9.00 p.m atau dengar jer Hot.fm.

Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Adab ini adalah amalan yang diamalkan oleh Nabi Yusuf A.S. yang telah diangkatkan darjat dari hamba menjadi seorang pembesar. Barangsiapa yang mengamalkannya setiap hari dan sebati dalam hidupnya, maka mereka akan sentiasa dipandang manis, berseri dan dikasihi pada setiap mata yang memandangnya. Ia juga merupakan rahsia awet muda dan Insya Allah apa yang dihajati akan tercapai.
Amalan:
Apabila menghadap cermin bacalah:
Selawat 3 X
Bismillahirahmanirahim segala puji bagi Allah yang memperbaiki tingkah laku, maka perhaluskan budi pekertiku.
Sentuh muka dengan jari dimulakan dengan..
Mulut
Hidung
Mata
Dahi
Mulalah bersolek. Setelah selesai Baca Bismillahirahmanirahim Doa nabi Yusof (surah Al Baqarah ayat 165) 10X Sambil niat apa yang terjadi sambil merenung ke..
Mulut
Hidung
Mata
Dagu

Credit > http://kurakura.my/adab-bersolek-cara-islam/
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Hello!

     Tadi semasa Liniey tengah melayari internet tiba-tiba Liniey terfikir nak main piano secara virtual (maya)..So Liniey pun google la..And Liniey jumpa ini > http://www.play-piano.org/play_online_piano_piano.html ..Yang ni pun best jugak!> http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks2/music/piano/ ..Bukan setakat piano jer anda boleh main bahkan flute,guitar,double bass dan banyak lagi alat muzik yang boleh anda boleh main secara virtual ni....Check it out yang ini juga..Kalau nak tahu apa lagi alat muzik selain yang Liniey sebutkan tu anda bolehlah klik link yang Liniey bagi tu..Bolehlah layan kalau setakat nak just for fun or hilangkan tension ke apa...Check it out yang ini juga > http://www.kongregate.com/games/warlockninja/virtual-guitar >http://www.musicnet.com.au/fun/guitar.asp


P/s:Nak chord lagu-lagu tapi tak tahu nak cari kat mana?
      Klik> http://guitarchordzek.blogspot.com/
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
 
 Asyik citer sal hiburan jerr..Rasanya tak salah kalau Liniey nak share sesuatu yang bermanfaat pulak untuk kita semua kan!


Rahsia Solat..

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak k...ebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.




Credit > Jom Berdakwah Di FB



Share
Tweet
Pin
Share
3 reader dah komen
Anda suka tak lagu Biar Sampai Ke Bintang yang dinyanyikan oleh Asmidar ni...??Liniey sebenarnya sangat sukakan lagu ni..Sejak Asmidar nyanyi masa final Vokal Bukan Sekadar Rupa lagi dah terus terpaut dengan lagu ni tau..Asmidar pun menghayati lagu ini dengan baik sekali...Dan memang layak diangkat sebagai juara.Liniey pun ada share lirik lagu ni kat bawah tu.



Asmidar & Mafa


BIAR SAMPAI KE BINTANG-ASMIDAR

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tak berundur dengan mudah
Tapi mimpi ini harus aku...

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita..

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk mebawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang


Jom layan Asmidar nyanyi lagu ni masa konsert akhir VBSR.




Kalau nak tahu sebelum lagu Biar Sampai Ke Bintang Asmidar dah ada single berjudul Langit Biru. Kalau tak silap sebelum dia masuk VBSR lagi lagu tu dah ada.Siap dah dimainkan di radio lagi.Lagu tu pun best.
Nah liriknya..


LANGIT BIRU

Ku lihat kau dari jauh termenung
Ku cuba hampirimu
Yang sedang kebingungan

Apa yang mengganggu fikiran
Soal tiada noktah jawapan
Hulurkan tangan

Ikuti langkahku menari
Hilangkanlah resah, dihati
Bangun dan teruslah bernyanyi
Bangkitlah sedar dari mimpi

Lantas jauh kau ku bawa
Lenyap dari rasa kecewa
Ku lihat kau tersenyum
Sedar jelasnya manusia
Hidup ada naik dan turun
Tapi kau harus terus bangun

Ikuti langkahku menari
Disinilah waktu terhenti
Yang berlalu biarkan pergi
Kini kau tak sendiri lagi

Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)
Kan bersama...
Oh berdua ke akhirnya

Ikuti langkahku, menari
Waktu kan berlalu dan pergi
Tapi kini kau tak sendiri lagi

Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (bersamamu)
Ku lari menuju (kau dan aku)
Di langit yang satu (bersamamu)

Ku dan dirimu (kau dan aku)
Ke langit biru (kau dan aku)
Ku dan dirimu..
Ke langit biru....

Nah,ini dia videonya..




 Apa-apa pun,harap anda enjoy dengan lagu-lagu daripada Asmidar ok!
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen




Blog ni sangat best dan patut dilawati kerana blog ni bukan sekadar personal blog..Blog ni juga sebagai blog hiburan kerana saya juga akan tulis mengenai dunia hiburan.Selain tu,saya juga akan kongsi cerita-cerita yang diperolehi daripada internet or daripada rakan facebook or twitter yang boleh dijadikan iktibar.Actually blog saya ni masih belum banyak entry sebab saya baru create jerr..Tak sampai sebulan pun..


Anyway,saya ada 3 soalan untuk Elia..

1.Bilakah Elia mula menulis blog?
2.Adakah Elia terlibat dalam bidang peragaan?
3.Makanan kegemaran Elia?

Thanks. 

Kepada pembaca blog Liniey,meh join sekali contest ''Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing'' ni..Kalau anda nak tahu apa syarat dan  hadiahnya..Jom check out sendiri blog Elia ni > http://jejariruncing.blogspot.com/2012/01/segmen-blogwalking-bersama.html
Share
Tweet
Pin
Share
18 reader dah komen
Mereka merompak "perasaan selamat" saya

Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?

Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.

Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.

Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.

Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.

Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.

“Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakku” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.

 Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?” Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.

 Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.

Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.

Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.

 "Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”    
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”

(Quran, Al-Falaq:1-5)

Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.

Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.

Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”

Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.

Yang masih trauma,
Wardina

Artikel asal > Wardina Safiyyah OfficialPage

Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Seperti yang kita sedia maklum sidang media kedua Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah diadakan pada hari Rabu lepas (11 Januari 2012) di Holiday Villa Hotel,Subang bagi mengumumkan nama finalis yang tersenarai dalam Top 5 untuk 15 kategori yang dipertandingkan.Antara artis yang hadir ialah Izara Aishah,Neelofa,kumpulan Forteen,Fasha Sandha,dan Maya Karin (sekadar menyebut beberapa nama).
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen


Fuhhhh...Tak sangka suara Kilafairy ni sedap!!Tak percaya jom dengar dan layan video klip nie...Tajuknya ROMAN..Liniey pun minat lagu ni...


                      

Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Pada 11 Januari 2012 iaitu esok,starchat bersama finalis AJL 26 @ http://www.gua.com.my/ akan bersama dengan penyanyi-penyanyi lagu Kalau Berpacaran iaitu Ana Raffali,Altimet dan Suhaimi Mior Hassan pada pukul 3 p.m..

        
Pada pukul 9.00 p.m pula (tarikh yg sama) Monoloque & Atilia pula akan bersama anda @StarChat..

                                         
Manakala pada 18 Januari pula Yuna dan Projek Pistol akan bersama anda pada pukul 3.00 p.m @StarChat

                              
Untuk chat bersama artis kegemaran anda sila klik > http://apps.gua.com.my/starchat/
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen

Daiyan Trisha??Terpana seketika Liniey bila salah sorang rakan fb meletakkan nama Daiyan Trisha ni sebaris dengan artis indie yang dia minat..Sebab apa Liniey terpana?Sebab Liniey tak pernah dengar pun nama ni..Lagu pun tak pernah dengar.Jadi nak dipendekkan cerita Liniey pun cuba la usha Daiyan Trisha ni kat internet..Ala,boleh jerr cari kat youtube,google ke apa...Semuanya di hujung jari anda..Cewahh!!Hmm, memang sedap suaranya.Orangnya pun lawa dan sememangnya orang yang berbakat.Tak silap Liniey Daiyan ni adalah vokalis kumpulan Society.Anda nak tengok gambar gadis bernama Daiyan Trisha..?Ini dia....
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Assalamualaikum!

      Lebih kurang 6 jam lagi showcase Yuna Terukir Di Bintang akan berlangsung...Hmm,sedih sangat sebab tak dapat pergi..Showcase tu bertempat di DBKL Auditorium pada pukul 8.30 pm..Tiket pun sudah habis dijual...Kepada anda yang dapat pergi tengok showcase tu..ENJOY yerr!


Esoknya pula showcase artis di bawah naungan syarikat Yuna Room Records (YRR) pula akan berlangsung iaitu Diandra Arjunaidi..Showcase tu bertempat di The Actors Studio,Lot 10 pada pukul 4 pm..Tiket berharga RM 38 sahaja..Tiket showcase ni sudah 90 % habis dijual...So,cepat-cepat beli la yerr..nanti melepass..Kepada peminat Diandra yg dapat pergi tengok showcase tu semoga enjoy!
     
                       


Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Hai!Hari ni Liniey nak cerita tentang muzik yang Liniey minat.Sebenarnya Liniey amat meminati muzik indie dan sememangnya Liniey peminat band-band indie..Liniey mula mengenali dan meminati muzik indie pada tahun 2009..Nak tahu macam mana boleh kenal dan minat muzik indie?Hah,sebenarnya ada satu hari tu Liniey dengar lagu Dan Sebenarnya daripada Yuna dikeudarakan kat radio..Hati kecil ini berbisik (cewahh) ''hmm,sedap jugak lagu ni''...Lepas tu dari hari ke hari Liniey semakin meminati lagu ni..Kebetulan pula muzik indie semakin popular pada tahun tu..Sejak Liniey minat lagu tu mulalah Liniey minat kat Yuna..Liniey rasa Yuna ni seorang penyanyi yang berbakat..Dan terbukti sampai sekarang Yuna masih popular..

YUNA

YUNA
           Dan sejak dari itulah Liniey pun mula meminati artis indie yang lain macam band Hujan,Meet Uncle Hussain or Bunkface.Walaupun band-band ni famous dahulu sebelum Yuna..

Hujan
MEET UNCLE HUSSAIN


BUNKFACE
Liyana Fizi,Beeha dan Joanna & Co pun Liniey minat..Lagu-lagu mereka memang mantap!
LIYANA FIZI

BEEHA
Joanna & Co


Hah ni la majalah REMIX yg pertama Liniey beli..(sebab cover Yuna..hehe)


                          

Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Newer Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Assalamualaikum :) Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29? | Malam ini kita semua bakal mengetahui lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara ...

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ▼  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ▼  January 2012 (15)
      • Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-26
      • AJL 26-Debaran Semakin Terasa
      • Adab Bersolek Cara Islam
      • Virtual Keyboard
      • Rahsia Solat
      • Asmidar..Langit Biru,Biar Sampai Ke Bintang
      • Jom Jenjalan Dengan Jejariruncing
      • ''Mereka Merompak ''Perasaan Selamat'' Saya''-Ward...
      • ABPBH 2011 Perkenalkan Anugerah Khas
      • Suara Kilafairy...
      • Starchat Bersama Finalis AJL 26
      • Daiyan Trisha-Si Gadis Indie
      • Be the 1st to share....
      • Yuna Room Records Showcase
      • Peminat Indie
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger