Kacak Tapi Masih Single?Ini Antara Sebabnya...
Kebiasaannya
orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati
suka. Keegoaannya agak tinggi,mungkin si tampan merasakan dirinya
digilai ramai. Petik sahaja jari 10 yang datang. Kononnya mahu pilih yang
terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran.
2.
Persepsi sukar di dekati
Perempuan
biasanya menganggap si jejaka kacak agak sukar untuk didekati, apatah
lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Kononnya, banyak cabaran yang
perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang
merebut cintanya. Apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna
sampai ke tua lah si kacak membujang.3. Maintenance tinggi
Kebiasaan lelaki kacak ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi. pakaian, minyak wangi, jam tangan, semunya mahu berjenama dan ada kalanya mencecah ratusan tinggi, takutlah perempuan yang dekati. Bimbang kopak duit nak beli hadiah hari jadi
4. Pernah dikecewakan
Oleh kerana sudah serik bercinta si jeaka tampan lebih bahagia bersendirian. Biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta. Namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta.
5. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Masakan boleh terbang sama. Begitulah kata pepatah. orang tampah pastinya mencari irang yang cantik juga. Namun harus di ingat bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, Akurlah pada jodoh yang datang.
6. Terlalu banyak Pilihan
Aduh.. pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang kacaklah dikatakan sering dikerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan. kalau pilih yang sana, disini akan terluka. kalau pilih disini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadilah single sehingga ke hari ini.
7. Terlalu komited dengan kerjaya
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang kacak biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapatkan cinta. Oleh kerana itulah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerja menjadi nombor satu. namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. Sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lali dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi sendiri.
8. Gosip terlalu banyak
Orang yang kacak selalu menjadi buah mulut pemerhati, walaupun si tampan keluar hanyalah dengan kawan perempuan, pastinya gosip akan cepat tersebar dan seterusnya menjatuhkan saham lelaki tampan. Pelbagai gosip dan persepsi pandangan pemerhati yang tidak benar, seperti si tampan sudah berpunya, mempunyai ramai perempuan, ini akan menyebabkan saham si tampan jatuh dan si tampan hidup keseorangan.
7 reader dah komen