Apa Dah Jadi Dengan Miranda?

by - Saturday, February 01, 2014

Assalamualaikum :)

Apa Dah Jadi Dengan Miranda? | Alahaiii..kalau tak silap LN drama TV3 iaitu Miranda akan mula bersiaran pada 23 Januari 2014 dalam slot Samarinda. Tapi tak pasti la pulak cerita itu bersiaran atau tidak pada tarikh tersebut sebab LN tak berkesempatan nak menonton tv pada malam tu. Bila search drama Miranda tonton online takde la pulak jumpa. Mungkin takde yang upload lagi.. Hari Rabu ke hari Khamis baru ni bukan cerita Miranda yang keluar tapi cerita apa ntah..Azlee Khairi dan Fathia Latif yang berlakon. Kalau tak silap LN cerita tu pernah keluar di TV9. Pada fikiran LN mungkin ada apa-masalah kot dengan drama Miranda.

Drama Miranda


Tadi masa tengok TV3 ada la keluar pulak promo drama Miranda.. Hah tu diaaa..Drama Miranda akan bersiaran pada setiap hari Rabu..hari Rabu jer ok. Rasanya bukan slot Samarinda dah kot. Ntah la..mungkin ada perubahan jadual ke apa LN tak pasti.. Pukul berapa drama ini akan disiarkan LN pun tak pasti. Mungkin jam 10 malam kot.

Lupa pulak nak beritahu drama Miranda ini diterajui Fasha Sandha dan Dazrin serta ramai lagi pelakon yang mantap!!Apa-apapun, kalau nak tahu jalan cerita drama Miranda ini boleh baca kat SINI . Kalau tengok kat search keyword ramai jugak yang cari sinopsis drama Miranda.

Pstt!!Apa yang LN tulis tu berdasarkan pemerhatian LN..so kalau ada yang salah or ada info baru pasal ni sila komen ea :)

Updated: Start 5 Februari (Rabu) Jam 9.00 malam

You May Also Like

0 reader dah komen