Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise
Roti Kosong Penyuntik Semangat Seorang Gadis|Siapa penggemar roti kosong? Rasanya ramai yang gemar dengan roti kosong ni, pelbagai bangsa. Salah satu makanan ketika lepak di kedai mamak atau kedai kopi kan. Liniey sebut roti kosong ni bukan saja-saja nak buat perut korang kelaparan atau kempunan roti kosong tau tapi ada sesuatu yang Liniey nak kongsikan kepada korang terutama kepada peminat filem pendek (filpen).

Dekat penghujung entri, Liniey ada share video trailer filem pendek Roti Kosong. Haaa itulah sebab daripada tadi Liniey duk sebut roti kosong je eheee...Tapi kenapa tajuk roti kosong dipilih eh? Liniey ada tanyakan sendiri dekat orang kuat Roti Kosong ni iaitu Hary Harith. Katanya, roti kosong dipilih sebagai penggerak cerita sebab melambangkan kekosongan hati gadis tu. Roti kosong ni kadang-kadang boleh jadi sedapkan walaupun ia kosong, seolah-olah menyuntik semangat baru selepas  kunyahan pertama. Fuhhh! Korang akan lebih faham lepas baca sinopsis filpen ni.

Ok, sebelum tu, jom Liniey story mory dulu pasal Roti Kosong ni. Roti Kosong merupakan salah sebuah daripada sepuluh filem pendek mengenai 'roti' (Antologi Filpen 'Roti') yang dibikin oleh geng-geng Wayang Budiman. Wayang Budiman tu apa pulak? Jeng jeng! Kalau student FiTA mesti tahu terutama student filem. Betul tak? Wayang Budiman ni satu slot tayangan dwi-mingguan dan dianjurkan oleh Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF). Lokasi tayangan filpen ni dekat Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam. Yang menarik mengenai tayangan Wayang Budiman ni ialah ada sesi Q&A bersama pengarah-pengarah filpen dan Dr. Norman Yusoff sebagai perantara sesi tersebut. Maksudnya, tayangan tu bukanlah tayangan kosong semata-mata. Kalau korang nak tahu info lanjut mengenai Wayang Budiman ni, silalah rajin-rajin BUKAK LINK INI!

Berbalik kepada roti kosong, filpen tu dah ditayangkan pada 21 Januari 2017 bersama dengan 9 buah filpen lain iaitu Roti Bakar, Roti Tisu, Roti Naan, Roti Tosei, Roti Sardin, Roti Puri, Roti Tampal, Roti Bom dan Roti Banjir. Selain di tayangkan di PKAF, Roti Kosong juga pernah ditayangkan di Ilham Gallery, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017.  Liniey nak korang tonton trailer filpen Roti Kosong kat bawah ni dan kalau boleh komen la serba sedikit pasal cerita ni ok?

INFO:
Pengarah, Skrip & Suntingan: Hary Harith
Pelakon: Balqis Harith
Durasi: 4minit
Lokasi: Taman Tasik, Taiping.
Sinopsis:
Balqis ingin masuk ke universiti untuk belajar kemahiran sinematografi dengan lebih mendalam. Dia berusaha memohon namun masih gagal. Dia termenung, hampir putus asa di tepi tasik. Kemudian, dia berjalan sekitar tasik, ingin menenangkan diri sehingga akhirnya dia ke kedai mamak untuk makan roti canai. Akhirnya dia sedar yang sebenarnya hidup ini masih ada peluang. Balqis menyuap roti canai, termenung dan akhirnya tersenyum.

Share
Tweet
Pin
Share
9 reader dah komen

Info:
Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 10 Malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 132
Terbitan : SR One Sdn Bhd

Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu | Ada sebuah drama adaptasi daripada novel yang menarik untuk Liniey tonton iaitu drama Lafazkan Kalimah Cintamu. Liniey suka dengan karakter Tengku Aqilah yang selamba dan juga Tengku Ryan yang acah-acah poyo. Liniey tak pasti drama tu sekarang dah masuk episod berapa sebab Liniey takde la tengok sepenuhnya drama tu. Maklumlah, masa cerita ni baru ditayangkan, Liniey tinggal dalam kolej lagi. Nak tonton online pun line internet dekat kolej macam siput sedutsss. Sebelum tu, korang pernah baca novel ni tak? Kalau Liniey, tak pernah baca.

Liniey tahu kewujudan cerita ni melalui instagram. Liniey ada tengok beberapa babak yang ditunjukkan dalam video instagram. Selalunya, kalau cerita yang Liniey rasa tak menarik, Liniey takkan ambik tahu sangat and akan skip video tu. Tapi, untuk drama ini, Liniey rasa best. Perasaan membuak-buak nak tahu kenapa Tengku Hisham sangat membenci Tengku Aqilah sedangkan dia anak kandung, bukan anak tiri ke anak pungut. Apa yang Liniey tahu, ayah Tengku Aqilah benci sebab konon dia jadi punca kematian ibunya dan Tengku Hisham tak boleh menerima hakikat kematian isterinya. Tapi sebab apa ye? Kenapa isteri dia meninggal? Apa yang Tengku Aqilah buat sampai ayah kandungnya menuduh dia macam tu? Siapa tahu? Haish geram pulak. Sekarang, dah balik rumah bolehlah nak tengok drama tu. Ada pengikut setia drama ni tak? Alang-alang, Liniey selitkan sekali sinopsis drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang dibarisi oleh pelakon seperti Farid Kamil, Nellydia Senrose, Azri Iskandar, Nadiah Shahab, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah dan ramai lagi.


Sinopsis Drama Lafazkan Kalimah Cintamu
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Share
Tweet
Pin
Share
No reader dah komen
Newer Posts
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Sinopsis Drama Aku Isterinya Adaptasi Aku Bukan Mistress
    Sinopsis Drama Aku Isterinya Adaptasi Aku Bukan Mistress
    ASSALAMUALAIKUM :) Sinopsis Drama Aku Isterinya Adaptasi Aku Bukan Mistress | Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang k...
  • Rujuk Kembali Dengan Nuffnang
    Rujuk Kembali Dengan Nuffnang
    ASSALAMUALAIKUM :) Rujuk Kembali Dengan Nuffnang | Wah boleh tahan tajuk!! Haha..Yela, sebab LN dah ceraikan Nuffnang sebelum ni, sebe...
  • Tips Selfie Untuk Jejaka
    Tips Selfie Untuk Jejaka
    Assalamualaikum :) Tips Selfie Untuk Jejaka | Kali ni biarlah gambar yang berbicara naa! Meh tengok gambar kat bawah ni. Paham tak ...

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ▼  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ▼  January 2018 (2)
      • Roti Kosong Penyuntik Semangat Seorang Gadis
      • Lafazkan Kalimah Cintamu
  • ►  2017 (5)
    • ►  August 2017 (5)
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • INILAH REALITI
    Ciri-Ciri Makanan Kucing yang Bagus & Sihat – Panduan Pemilik Kucing
  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger