Roti Kosong Penyuntik Semangat Seorang Gadis

by - Tuesday, January 23, 2018

Roti Kosong Penyuntik Semangat Seorang Gadis|Siapa penggemar roti kosong? Rasanya ramai yang gemar dengan roti kosong ni, pelbagai bangsa. Salah satu makanan ketika lepak di kedai mamak atau kedai kopi kan. Liniey sebut roti kosong ni bukan saja-saja nak buat perut korang kelaparan atau kempunan roti kosong tau tapi ada sesuatu yang Liniey nak kongsikan kepada korang terutama kepada peminat filem pendek (filpen).

Dekat penghujung entri, Liniey ada share video trailer filem pendek Roti Kosong. Haaa itulah sebab daripada tadi Liniey duk sebut roti kosong je eheee...Tapi kenapa tajuk roti kosong dipilih eh? Liniey ada tanyakan sendiri dekat orang kuat Roti Kosong ni iaitu Hary Harith. Katanya, roti kosong dipilih sebagai penggerak cerita sebab melambangkan kekosongan hati gadis tu. Roti kosong ni kadang-kadang boleh jadi sedapkan walaupun ia kosong, seolah-olah menyuntik semangat baru selepas  kunyahan pertama. Fuhhh! Korang akan lebih faham lepas baca sinopsis filpen ni.

Ok, sebelum tu, jom Liniey story mory dulu pasal Roti Kosong ni. Roti Kosong merupakan salah sebuah daripada sepuluh filem pendek mengenai 'roti' (Antologi Filpen 'Roti') yang dibikin oleh geng-geng Wayang Budiman. Wayang Budiman tu apa pulak? Jeng jeng! Kalau student FiTA mesti tahu terutama student filem. Betul tak? Wayang Budiman ni satu slot tayangan dwi-mingguan dan dianjurkan oleh Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF). Lokasi tayangan filpen ni dekat Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam. Yang menarik mengenai tayangan Wayang Budiman ni ialah ada sesi Q&A bersama pengarah-pengarah filpen dan Dr. Norman Yusoff sebagai perantara sesi tersebut. Maksudnya, tayangan tu bukanlah tayangan kosong semata-mata. Kalau korang nak tahu info lanjut mengenai Wayang Budiman ni, silalah rajin-rajin BUKAK LINK INI!

Berbalik kepada roti kosong, filpen tu dah ditayangkan pada 21 Januari 2017 bersama dengan 9 buah filpen lain iaitu Roti Bakar, Roti Tisu, Roti Naan, Roti Tosei, Roti Sardin, Roti Puri, Roti Tampal, Roti Bom dan Roti Banjir. Selain di tayangkan di PKAF, Roti Kosong juga pernah ditayangkan di Ilham Gallery, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017.  Liniey nak korang tonton trailer filpen Roti Kosong kat bawah ni dan kalau boleh komen la serba sedikit pasal cerita ni ok?

INFO:
Pengarah, Skrip & Suntingan: Hary Harith
Pelakon: Balqis Harith
Durasi: 4minit
Lokasi: Taman Tasik, Taiping.
Sinopsis:
Balqis ingin masuk ke universiti untuk belajar kemahiran sinematografi dengan lebih mendalam. Dia berusaha memohon namun masih gagal. Dia termenung, hampir putus asa di tepi tasik. Kemudian, dia berjalan sekitar tasik, ingin menenangkan diri sehingga akhirnya dia ke kedai mamak untuk makan roti canai. Akhirnya dia sedar yang sebenarnya hidup ini masih ada peluang. Balqis menyuap roti canai, termenung dan akhirnya tersenyum.

You May Also Like

10 reader dah komen