Motivasi Kerja:Tips Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja
Minta Diri Anda Dinilai Untuk Tingkatkan Motivasi Di Tempat Kerja
1. “Bos, minggu ni kerja saya cemana? OK tak dari yang minggu lepas?”.
2. “Saya minta bos tolong nilaikan kerja saya ni cemana, ada peningkatan atau tidak.”
3. “Minta tolong supaya bos nilai atau perhatikan kerja saya, tegur-tegurlah aspek mana saya perlu perbaiki”.
4. “Pada pandangan bos, kerja saya minggu ni ok tak? Kalau tak OK, mana yang perlu saya OK kan?”.
Sebaik-baik orang untuk anda minta penilaian pada hasil kerja anda adalah dengan ketua anda.Anda boleh minta pandangan dari rakan sepejabat tapi biarlah dengan rakan yang anda lihat dia tu berfikiran positif.
Minta pandangan pada orang yang mahu maju, kelak nanti anda akan dapat respon positif. Kesilapan adalah cara terbaik untuk anda perbaiki diri kerana pekerja yang tak pernah buat silap adalah pekerja yang langsung tak buat kerja.Andai kata anda minta pandangan pada rakan sekerja yang hanya tahu mengkondem bos, mengkondem ketua pejabat, kaki komplen dan kaki ngumpat,anda pun akan di kondemnya sekali. Motivasi kerja anda akan menurun. Apa yang mereka cakap akan diserap masuk oleh minda Anda, kesannya anda akan ingati cakapan mereka sepanjang masa. Akibatnya,anda hilang motivasi nak bekerja.
Ada motivasi, ada energi. Ada energi, semua boleh jadi.
Ehsan: iMOTIVASI
2 reader dah komen