Facebook Pages Instagram Twitter Youtube Gmail Pinterest Google+

Liniey Nor

  • Home
  • Tips dan Informasi
  • Tutorial
  • Liniey Review
  • Advertise
Assalamualaikum.


Resepi Ayam Masak Lada Hitam| Tengah scroll galeri kamera terjumpa gambar ayam ni. Adoii terus perut minta nasi😂Ayam masak lada hitam ni memang sedap. Tu salah satu favourite Liniey. Liniey nak bagi resepi so nanti korang cuba ye. 

Resepi Ayam Masak Lada Hitam #caraLiniey

Bahan kisar
Cili kering*rebus dulu ye
Bawang holland 1 biji
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 4 ulas

Bahan-bahan lain
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
Kicap pekat
Kulit kayu manis satu batang
Bunga lawang dua kuntum
Lada hitam*ditumbuk
Cili padi
Bawang holland 1 biji

Cara-cara
1. Goreng ayam yang diperap dengan serbuk kunyit separuh masak
2. Guna minyak lebihan goreng ayam, tumis kayu manis, bunga lawang dan halia sehingga naik bau
3. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak
4. Masukkan air*terpulang nak kuah banyak mana
5. Masukkan sos tiram, kicap manis,kicap masin, kicap pekat*suka hati nak banyak mana
6. Masukkan cili padi
7. Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus 
8. Air dah mendidih boleh masukkan ayam yang digoreng
6. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Boleh tambah hirisan tomato dan carrot pastu siap!

*Oh ya jangan lupa rasa dulu kalau tak ok adjust dengan gula dan garam.
*Kalau rasa kuah cair sangat boleh tambah bancuhan tepung jagung
*Kalau nak kuah hitam macam orang minyak, letaklah kicap banyak sikit

Nak tanya apa-apa boleh tinggalkan komen. Selamat mencuba :)
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
Image result for egois

Egois Pemusnah Sebuah Hubungan | Liniey nak tanya rakan blogger, pembaca blog atau rakan alam maya, pernah tak berhadapan dengan seseorang yang terlalu ego? Ya bercakap pasal ego, semua manusia ada ego masing-masing. Betul! Kita semua tahu. Yang sedang membaca ni pun ada ego, yang tuan menaip ni pun ada ego. Tapi...macam mana dengan kuwujudan ego yang melampau dalam diri. Ego terlalu tinggi, setinggi langit.

Tak keterlaluan kalau Liniey nak tujukan kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki yang mempunyai ego terlampau tinggi*tak semua ok. Yela, perempuan ego dia pun bila dah kena pujuk terus cair. Kan kan? Kalau lelaki, bila dah hati batu, YA ALLAH! Kau menangis merayu pun tak guna. Fuiii! Mana tolak ansur dalam perhubugan? Mana perbincangan bila berlaku pergaduhan? Semua hilang disebabkan ego dalam diri.

Macam mana pula dengan pasangan yang suka menuduh sesuatu yang tak logik seolah-olah nak meletakkan kesalahan di bahu kita? Dan bila berpisah sekalipun dan kita cuba meminta maaf*walaupun tahu diri tak salah tapi dia cari jalan juga untuk tuduh kita dengan tuduhan lain pula? Macam Liniey cakap, dia meletakkan kesalahan kat diri kita 100% tanpa sedar semua tu berpunca daripada sikap egois dia. Manusia apakah ini?  Jadi, kalau korang hadapi pasangan atau seseorang yang korang kenal seperti ini, apa pandangan korang?

Ada seseorang meluahkan kepada Liniey. Katanya orang tu bagi harapan kat dia. Layanan orang tu sebijik macam kekasih tapi tak declare. So, lama-lama dia rasa penat, dia dah tunjuk effort bagai dan dia pun mengaku sayang orang tu, tapi orang tu tak nak bagi jawapan sama ada jawapan positif ataupun tidak. Seolah-olah nak buat dia ni berharap lagi atau lebih tepat gantung tanpa jawapan. Lepas tu masih bagi ayat-ayat manis bagai, dah buat orang berharap lagi. Bila minta berbincang pasal tu sah-sah tinggal persoalan saja. Katanya, dia dah sedia walaupun jawapan negatif cuma dia nak jawapan je. Yang peliknya, ni bukan kisah pendam perasaan dan salah seorang malu nak luahkan tapi dua-dua dah mengaku suka dan sayang tapi kenapa yang pihak sebelah sana tak boleh bagi jawapan padahal orang di sana yang mula-mula confess. Adakah ini disebabkan ego juga? Yang ni Liniey tak tahu ego level berapa tapi sedar tak kadang-kadang ego tu memakan diri? Sedar tak ego tu boleh musnahkan hubugan? Jangan kau dah hilang dia baru kau nak menyesal!

Image result for egois

Ini bukan entri yang ditaip dengan penuh emosi ye tetapi dengan penuh persoalan macam mana boleh wujudnya manusia yang keras hati, egois level 88 dalam dunia ni. Kalau nak ego sorang-sorang itu lantak dia la kan :) So, apa pandangan korang? Liniey bukan nak tahu pandangan daripada perempuan sahaja tapi lelaki pun. Yang lelaki lagi kenal sikap lelaki kan? :)

p/s: Cakap pasal ego ni, teringat pula lagu Dato' Siti Nurhaliza, Kesilapanku Keegoanmu. Buat si polan, aku nak nasihatkan terus jer la egois..haha 🙊
Share
Tweet
Pin
Share
3 reader dah komen
Assaalamualaikum.

Liniey membuka ruang pengiklanan/review kepada yang menjalankan perniagaan. Ruang pengiklanan ini bertujuan untuk anda mempromosikan produk-produk dan memberi informasi kepada pembaca blog ini. Secara tidak langsung, mereka dapat mengenali produk anda.

Semua jenis iklan diterima melainkan iklan yang berunsurkan lucah ataupun alkohol. Selain produk, Liniey juga menerima tawaran untuk review blog atau websites. Selain daripada promosi di blog, Liniey akan kongsi mengenai produk tersebut di instagram, twitter, pages IamLiniey dan juga fb personal (link media social boleh rujuk di navbar)

Kelebihan Review/Advertorial:

Pembaca akan menilai sendiri artikel anda dan secara tidak langsung akan mewujudkan kepercayaan dan memperkukuhkan jenama syarikat,/produk/perkhidmatan anda. Review boleh menyatakan dengan lebih terperinci tentang keistimewaan serta kelebihan produk/perkhidmatan/website anda.

Kebaikan beriklan/review di blog linieynor.blogspot.my:
♥ Setiap jenis review, link entri review akan diletakkan di tab REVIEW seperti yang anda dapat lihat di bawah header blog.
♥ Entri review kekal selagi blog linieynor.blogspot.my wujud.
♥ Link entri review juga akan dipromosikan di laman sosial Facebook, Facebook Fanpages, Google+, Instagram, Twitter dan group facebook blogger


Untuk maklumat lanjut:
Whatsapp 014-2310456
linieynor@gmail.com/
Pages IamLiniey
Share
Tweet
Pin
Share
2 reader dah komen
Assalamualaikum.

Cara Daftar Shopee | Pasti ramai yang tahu kewujudan Shopee-Buy and Sell. Siapa yang suka membeli-belah secara dalam talian (shopping online) mesti tahu tentang Shopee ni.
Eh! Saya pun suka shopping online tapi saya tak tahu pun pasal Shopee ni?😦
Sabar sabar. Kalau masih ada yang tak tahu tentang Shopee, mari sini baca. Liniey nak kongsi serba sedikit tentang Shopee. Shopee merupakan laman web atau gedung membeli belah secara dalam talian. Shopee membolehkan kita semua membeli dan menjual secara dalam talian walaupun dengan menggunakan handphone. Shopee ni lebih kurang Lazada, Zalora, Mudah.my semua tu haa. Kalau tak kenal Lazada dan sebagainya jangan gelar diri kaki shopping online laa😆Liniey tak pasti bila kewujudan Shopee ni, tapi lebih kurang beberapa tahun yang lepas. Tak lama sangat dan tak baru sangat. *betulkan kalau Liniey salah

Kalau korang berminat nak membeli atau menjual di Shopee, jom daftar akaun Shopee. Nak daftar senang sahaja, mari Liniey kongsi. Jangan lupa klik gambar untuk besarkan.

Mula-mula buka laman web shopee >> Shopee Malaysia



Nampak kotak kuning tu? Klik Daftar.


Lepas tu, korang isi nombor telefon korang tu. Jangan nombor telefon orang lain pulak😄
Dah isi nombor telefon, tekan Hantar Verifikasi untuk mendapatkan kodnya. Tujuan kod verifikasi ni adalah untuk mengesahkan nombor pemilik yang nak mendaftar akaun ni. Nanti kod akan dihantar melalui sms. Dah dapat kod tu, terus isi di kotak kedua. Jangan lupa masukkan nama korang beserta kata laluan di kotak ketiga dan keempat. Pastikan korang ingat kata laluan tu ye sebab nanti korang akan guna untuk log masuk Shopee.

Dah siap isi semua, klik Daftar. Dah siap! Korang dah ada akaun Shopee. Dah boleh shopping dan jual produk yeayy..Oh kalau nak senang lagi pilih daftar melalui emel atau facebook je. 

#Linieytanya Korang selalu shopping online kat mana? Share kat ruangan komen ok..





Share
Tweet
Pin
Share
1 reader dah komen
Assalamualaikum.



TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY| Hai pembaca blog Liniey. Ada ke yang nak baca blog ni? Update pun jarang ada hati nak ada pembaca..muehehe. Haritu masa tengah blogwalking, liniey ada nampak rakan blogger join satu giveaway ni. Oh anjuran blog Tengku Butang rupanya. Memandangkan hadiah pun menarik, jadi Liniey pun bersemangat la nak sertai GA ni. Alang-alang takde buat apa-apa. Korang jangan lupa join sekaki, klik je banner tu ok? Bye-bye!
Share
Tweet
Pin
Share
8 reader dah komen
Newer Posts
Older Posts

Tags

8share Artis Berita Bila Liniey Nor Review Blog Liniey Nor Contest Domain Baru Drama Entri Penghargaan Hiburan Informasi Lirik lagu Macam-macam Mesin Lipat Baju Nama Tempat Pelik Official Muzik Video Pengiklanan Personal Ranking Alexa Review Review Blog Segmen Segmen Bloglist Sinopsis Sukan Supersquad Tips Tonton Online Unofficial Muzik Video Wordless Wednesday iPmart

About me


Hi! I'm Liniey. 26, from Kelantanese.

Lots of love,

Liniey Nor

Featured post

Bicara Takdir Cinta

Bicara Takdir Cinta | Beberapa hari lepas Liniey ada dengar lagu terbaru oleh Muna Shahirah yang bertajuk Takdir Cinta . Bagi Liniey...

Followers

Popular Entry!

  • Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    Tonton Online Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan
    Platform Terbaharu Untuk Jana Pendapatan | Pada zaman sekarang,  kewujudan pelbagai jenis media sosial membuatkan banyak platform yang w...
  • Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    Tonton Online Ariana Rose Episod 26
    ASSALAMUALAIKUM :)
  • Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29?
    Assalamualaikum :) Lagu Manakah Yang Layak Ke AJL29? | Malam ini kita semua bakal mengetahui lagu manakah yang layak ke Anugerah Juara ...

Blog Archive

  • ►  2020 (1)
    • ►  February 2020 (1)
  • ►  2018 (6)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (2)
  • ▼  2017 (5)
    • ▼  August 2017 (5)
      • Resepi Ayam Masak Lada Hitam
      • Egois Pemusnah Sebuah Hubungan
      • Pengiklanan di blog Liniey Nor
      • Cara Daftar Shopee
      • TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY
  • ►  2016 (2)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  January 2016 (1)
  • ►  2015 (7)
    • ►  August 2015 (1)
    • ►  January 2015 (6)
  • ►  2014 (224)
    • ►  December 2014 (1)
    • ►  November 2014 (12)
    • ►  October 2014 (4)
    • ►  September 2014 (12)
    • ►  August 2014 (5)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (10)
    • ►  May 2014 (11)
    • ►  April 2014 (16)
    • ►  March 2014 (15)
    • ►  February 2014 (53)
    • ►  January 2014 (80)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December 2013 (28)
    • ►  November 2013 (1)
    • ►  October 2013 (1)
    • ►  August 2013 (1)
    • ►  July 2013 (2)
    • ►  April 2013 (1)
  • ►  2012 (74)
    • ►  December 2012 (1)
    • ►  November 2012 (3)
    • ►  September 2012 (4)
    • ►  August 2012 (2)
    • ►  July 2012 (1)
    • ►  June 2012 (4)
    • ►  May 2012 (5)
    • ►  April 2012 (8)
    • ►  March 2012 (12)
    • ►  February 2012 (19)
    • ►  January 2012 (15)
Powered by Blogger.

My Blog List

  • sallysamsaiman.com | Malaysian Lifestyle Blogger
    Laman Sendayan 2 – Rumah Idaman, Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden!
  • INILAH REALITI
    Lirik Lagu Raya Hael Husaini and Nadeera - Meriah Lain Macam
  • iuzira
    Kitsui Belloss Fiber Membantu Masalah Sembelit
  • LIFESTYLE BLOGGER
    Download Marrybrown App Sekarang dan Dapatkan Great Deals yang berbaloi
  • emilinda
    Tingkatkan Potensi Diri Melalui Program Nak Ubah Hidup (NUH) 2020
  • Shad | Beauty & Lifestyle Blogger
    Hansaegee Nature Malaysia - A 100% Quality Korean Made Skin Care
  • CLA-Travel
Show 5 Show All
free web site traffic and promotion

Created with by BeautyTemplates | Distributed by Blogger