Egois Pemusnah Sebuah Hubungan
Egois Pemusnah Sebuah Hubungan | Liniey nak tanya rakan blogger, pembaca blog atau rakan alam maya, pernah tak berhadapan dengan seseorang yang terlalu ego? Ya bercakap pasal ego, semua manusia ada ego masing-masing. Betul! Kita semua tahu. Yang sedang membaca ni pun ada ego, yang tuan menaip ni pun ada ego. Tapi...macam mana dengan kuwujudan ego yang melampau dalam diri. Ego terlalu tinggi, setinggi langit.
Tak keterlaluan kalau Liniey nak tujukan kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki yang mempunyai ego terlampau tinggi*tak semua ok. Yela, perempuan ego dia pun bila dah kena pujuk terus cair. Kan kan? Kalau lelaki, bila dah hati batu, YA ALLAH! Kau menangis merayu pun tak guna. Fuiii! Mana tolak ansur dalam perhubugan? Mana perbincangan bila berlaku pergaduhan? Semua hilang disebabkan ego dalam diri.
Macam mana pula dengan pasangan yang suka menuduh sesuatu yang tak logik seolah-olah nak meletakkan kesalahan di bahu kita? Dan bila berpisah sekalipun dan kita cuba meminta maaf*walaupun tahu diri tak salah tapi dia cari jalan juga untuk tuduh kita dengan tuduhan lain pula? Macam Liniey cakap, dia meletakkan kesalahan kat diri kita 100% tanpa sedar semua tu berpunca daripada sikap egois dia. Manusia apakah ini? Jadi, kalau korang hadapi pasangan atau seseorang yang korang kenal seperti ini, apa pandangan korang?
Ada seseorang meluahkan kepada Liniey. Katanya orang tu bagi harapan kat dia. Layanan orang tu sebijik macam kekasih tapi tak declare. So, lama-lama dia rasa penat, dia dah tunjuk effort bagai dan dia pun mengaku sayang orang tu, tapi orang tu tak nak bagi jawapan sama ada jawapan positif ataupun tidak. Seolah-olah nak buat dia ni berharap lagi atau lebih tepat gantung tanpa jawapan. Lepas tu masih bagi ayat-ayat manis bagai, dah buat orang berharap lagi. Bila minta berbincang pasal tu sah-sah tinggal persoalan saja. Katanya, dia dah sedia walaupun jawapan negatif cuma dia nak jawapan je. Yang peliknya, ni bukan kisah pendam perasaan dan salah seorang malu nak luahkan tapi dua-dua dah mengaku suka dan sayang tapi kenapa yang pihak sebelah sana tak boleh bagi jawapan padahal orang di sana yang mula-mula confess. Adakah ini disebabkan ego juga? Yang ni Liniey tak tahu ego level berapa tapi sedar tak kadang-kadang ego tu memakan diri? Sedar tak ego tu boleh musnahkan hubugan? Jangan kau dah hilang dia baru kau nak menyesal!
Ini bukan entri yang ditaip dengan penuh emosi ye tetapi dengan penuh persoalan macam mana boleh wujudnya manusia yang keras hati, egois level 88 dalam dunia ni. Kalau nak ego sorang-sorang itu lantak dia la kan :) So, apa pandangan korang? Liniey bukan nak tahu pandangan daripada perempuan sahaja tapi lelaki pun. Yang lelaki lagi kenal sikap lelaki kan? :)
p/s: Cakap pasal ego ni, teringat pula lagu Dato' Siti Nurhaliza, Kesilapanku Keegoanmu. Buat si polan, aku nak nasihatkan terus jer la egois..haha 🙊
3 reader dah komen