CINTA!!
Antara cinta yang telah berlalu
dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk
mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan
menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.
Kadang-kadang bila kita sudah
memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa
dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan
memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir
barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan
malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bila seseorang jatuh cinta ketika
dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah
cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak
sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda
malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh
menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.
Bila cinta putus ditengah jalan
usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan
cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti.
Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi.
Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai
keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada
cinta yang sudah pergi.
Jika bercinta janganlah kita
menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit
kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah
tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup.
Gunalah akal dan fikiran.
Bila kita kecewa atau putus cinta
kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi
pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita
lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang
kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus
mencintai kita.
Kadang- kadang kita tewas dengan
tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita.
Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di
dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah
realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya
sekarang atau kemudian.
Hidup tidak boleh
berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri
sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau
membuat sesuatu dgn baik berlandaskan KENYATAAN.
Credit to: Klik sini
8 reader dah komen