Hanya Empat Peserta Yang Layak Ke Peringkat Akhir - Projek Metro 2013

by - Monday, December 16, 2013

Assalamualaikum!




Sebentar tadi kita semua menyaksikan bahawa Jeed telah tersingkir dan tidak dapat meneruskan cabaran ke peringkat akhir Projek Metro. Oleh itu, hanya empat orang peserta Projek Metro layak menempah tiket ke peringkat akhir iaitu Liza, Taufiq, Fiza dan Iera. Taufiq merupakan satu-satunya peserta lelaki yang layak meneruskan cabaran ke final.

Untuk pengetahuan anda, Projek Metro merupakan program realiti pencarian bakat-bakat baru dalam bidang penyiaran dan juga kewartawanan yang dihoskan oleh pengacara serta penyampai radio Hot FM iaitu Fara Fauzana.  Juri tetap program ini pula terdiri daripada Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil serta aktres jelita, Fasha Sandha.

Pemenang Projek Metro akan menerima wang tunai RM 20,OOO serta kontrak satu tahun bersama Harian Metro, TV3 dan Hot FM.


Seramai sembila peserta yang terpilih, kini hanya tinggal empat orang peserta yang layak ke final..Siapakah yang bakal menjadi juara? Credit gambar:NSTP

Psstt: Tak pasti pulak bila final.Minggu depan kot!Btw, suka sangat Taufiq dapat masuk final. Dah la hensem..melting cheq tgk dia..HIHI

                                                                                                 

You May Also Like

0 reader dah komen