Permohonan BR1M 3.0 2014

by - Monday, December 23, 2013

Assalamualaikum :)

Seperti yang diketahui umum, dalam bajet 2014, kerajaan telah mengumumkan untuk meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat yang berkelayakan. Bantuan rakyat yang diberi nama BR1M 3.0 merupakan simbolik bahawa sudah tiga kali kerajaan memberikan bantuan ini.


Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan BR1M 3.0 2014:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun keatas
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000 & ke bawah
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000- RM 4000
  • Individu bujang yang berpendapatan bulanan RM 2000 & ke bawah


bantuan rakyat
  • Pemberian BR1M kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM 500 kepada RM 650.
  • Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM 2000 sebulan akan dinaikkan daripada RM 250 kepada RM 300.
  • Untuk BR1M 2014, bantuan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM 3000 - RM 4000 dengan nilai bantuan sebanyak RM 450.
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat (i-BR1M) bernilai RM 50 diberi kepada isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM 30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Untuk Sistem Permohonan online BR1M 2014 (eBR1M)Download Borang BR1M 2014, Panduan permohonan untuk pemohon baru menggunakan sistem dan talian (online)Panduan kemaskini maklumat permohonan secara online & maklumat lanjut mengenai BR1M 3.0 2014


                                                                                                      

$$$ masyukk wei kalau join sini !

You May Also Like

0 reader dah komen