Kenali Keith Foo

by - Tuesday, December 31, 2013

Assalamualaikum & salam sejahtera :)

Uhukkk uhukkkk
Ok gambar tu takde kaitan pun dengan penceritaan aku ni..hikhik
Kali ni LN nak berkongsi serba sedikit mengenai Keith Foo, yang mana dia ni merupakan seorang pelakon..yeahhh pelakon!!maybe ada yang dah kenal atau masih ada yang tidak mengenali jejaka yang kacak ini.ok takpe..diharapkan dengan perkongsian ni korang dapat mengenali serba sedikit latar belakang Keith Foo.

Kenali Keith Foo
  • Dilahirkan di Malaysia pada 6 Januari 1983
  • Berbangsa Cina
  • Merupakan pelakon Indonesia & Malaysia
  • Muncul dengan filem Mati Suri, Paku Kuntilanak, Bidadari Jakarta, Pengantin Pantai Biru dan banyak lagi
  • Muncul dengan sinetron Cinta dan Anugerah dan Sinar
  • Untuk produksi Malaysia pula, Keith Foo terbabit dengan drama Dalam Setiap Sujud serta Love You Mr.Arrogant
  • Untuk filem/telefilem, Keith Foo mucncul dengan Karna Kamu Cinta dan Pilot Cafe
LN sendiri mengenali Keith Foo ketika Love You Mr.Arrogant ditayangkan di TV3.Korang pulak?hehe


Dan yang terbaru Keith Foo muncul menjadi hero bersama heroin, Nur Fathia dalam slot AKASIA juga di TV3 iaitu Ariana Rose. Seperti biasa cerita ini ditayangkan pada pukul 7 p.m. Untuk pengetahuan korang, drama ini diadaptasikan daripada novel The Wedding Breaker. LN dah tengok cerita ini untuk episod 1.Not bad!!Selain Keith Foo dan Nur Fathia, drama ini juga membariskan pelakon-pelakon yang tidak kurang hebat iaitu Nabila Huda, Tasha Shilla, Arja Lee dan ramai lagi.


Psttt: Macam Rashidi Ishak la pulak LN tengok si Keith Foo ni..ea tak??

                                                                                                      
Pstt!
NAK MENANG HANDPHONE?JOIN GIVEAWAY INI!!

You May Also Like

1 reader dah komen