Sinopsis Drama Aku Isterinya Adaptasi Aku Bukan Mistress

by - Tuesday, April 01, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

sinopsis aku isterinya
Sinopsis Drama Aku Isterinya Adaptasi Aku Bukan Mistress | Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

sinopsis aku isterinya

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Jangan lupa saksikan drama terbaru dalam Slot Akasia iaitu Aku Isterinya. Drama Aku Isterinya merupakan adaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress. Drama ini menampilkan pelakon hebat iaitu Izzue Islam (Mikail), Anzalna Nasir (Mya Arlissa), Syazwan Zulkifli (Adam), Eizlan Yusof (Datuk Luthfi), Marissa Jasmin (Datin Adiba), Mardiana Alwi, Elizad Sharifuddin (Lisa), Shakilla Khoriri dan Mohd Fazren.

Mula: 2 April 2014
Siaran: TV3 (Slot Akasia)
Waktu: 7pm-8pm

Sumber gambar >> KLIK <<

You May Also Like

0 reader dah komen