Bila MH370 Berakhir Di Lautan Hindi - Aku Masih Mengharapkan Keajaiban

by - Tuesday, March 25, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

Pada pukul 10 malam tadi, kita dikejutkan dengan sidang media khas oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam sedang media tersebut, Dato' Seri telah mengumumkan bahawa lokasi terakhir pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Terkejut sangat!! Itulah perasaan LN ketika mendengar pengesahan daripada Dato' Seri. Sebaknya rasa! Tak boleh bayangkan kalau betul kapal terbang tersebut terhempas di lautan tersebut. Nauzubillah :(

LN dapat rasakan keadaan keluarga mangsa. Tapi, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati ni nak sangat duduk bersama keluarga mangsa, kongsi kesedihan tapi hanya mampu melihat dari jauh. Tu jer yang mampu disamping doa :(

mh370

Bagi LN, selagi pesawat tersebut belum disahkan terhempas LN masih harap ada keajaiban yang akan berlaku. Dato' Seri hanya mengumumkan lokasi pesawat MH370 tersebut berakhir di Lautan Hindi tapi tidak menyatakan keadaan pesawat tersebut. 

Jadi, harapan masih ada untuk kita. Walaupun harapan tipis, teruskan berdoa dan jangan putus asa untuk berdoa.

You May Also Like

5 reader dah komen