Kekecewaan Yang Terlampau Dalam Diri

by - Wednesday, March 19, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

Kecewa

Kekecewaan Yang Terlampau Dalam Diri | Kalau baca dari tajuk entri mesti korang dapat rasa yang LN sekarang ini sedang kecewa. Ya! Kecewa, sedih, geram dan macam-macam perasaan yang negatif ada dalam diri ini.

Kenapa kecewa? Kenapa sedih? Kenapa geram? Seperti semua orang tahu, hari ini merupakan hari
pengumuman keputusan penuh peperiksaan STPM 2013 daripada Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3. Keputusan tersebut telah pun diumumkan pada pukul 12 t/hari tadi. Dan keputusannya amatlah mengecewakan LN. Nak bagitahu pun malu walaupun keputusan tak teruk sangat. Walau apa pun, tetap kecewa, kecewa dan kecewa. Menangis janganlah cakap. Walapun tak tunjuk depan keluarga tapi dalam bilik air LN menangis sepuas hati. Lepas tu barulah lega sikit hati ini. Betullah orang cakap menangis itu terapi diri :)

Sakit kepala mulalah menerjah sebab fikir macam-macam. Stress sangat!! Bukanlah tak bersyukur dengan keputusan yang LN dapat tapi rasa tak puas hati tu ada. Mungkin setakat ini hanya LN mampu capai. Harapnya dapatlah masuk universiti dan kalau tak dapat redha dan pasrah jer..hurm. Apapun, doakan keputusan ulangan STPM Penggal 3 LN menunjukkan peningkatan. Sekurang-kurangnya dapatlah naikkan pointer sedikit lagi pun jadilah.

Bulan April barulah slip keputusan peperiksaan akan keluar bagi yang mengulang. Moga ada gred yang meningkat. Aamiin :)




You May Also Like

7 reader dah komen