Nantikan Kemunculan Filem Animasi SuperSquad

by - Thursday, March 06, 2014

ASSALAMUALAIKUM :)

Nantikan Kemunculan Filem Animasi SuperSquad | Baru-baru ini LN dapat emel jemputan ke MAJLIS SIDANG MEDIA PROGRAM CSR, TAYANGAN AMAL KHAS DAN MINI KARNIVAL, FILEM ANIMASI SUPERSQUAD pada 6 Mac (hari ini). LN difahamkan anak-anak yatim dan anak-anak kurang bernasib baik turut terlibat pada majlis itu. Yela, dah nama tayangan amal kan. Jadi, sebenarnya LN agak teruja dan memang menantikan majlis sebegini yang melibatkan anak-anak yatim atau sewaktu dengannya. Tapi sayangnya tak dapat hadir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

Walaupun LN tak dapat pergi tapi LN tetap nak promosi filem animasi SuperSquad ini. Sebelum tu nak beritahu la filem ni akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei 2014. 2 bulan lagi tau. Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jalan cerita filem animasi ini. Apakah sinopsisnya..Ok meh baca.
Filem Animasi SuperSquad yang mengisahkan 5 orang adiwira, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq terpaksa merentasi masa ke zaman kini untuk menyelamatkan Bumi dan ayah mereka, iaitu Laksamana Aaron, apabila Bumi diserang oleh makhluk asing. Sebuah filem epic ‘action comedy’, filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, babak cemas apabila makhluk asing ganas mendarat di Bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di langit di atas KLCC dan berbagai lagi.
CG_3

Mesti nak tau kan siapakah yang terlibat dalam menjayakan (voice over) watak-watak adiwira dan laksamana? Filem animasi Supersquad ini menampilkan Aaron Aziz sebagai Laksamana Aaron, Dafi sebagai Kapten Danny dan Diana Daniell sebagai Elly yang mana dua pelakon ini merupakan peneraju utama yang membintangi filem ini. Penampilan istimewa bersama Radhi Khalid (Blinq),Marina Tan (Alan), Elza Irdalynna (Sasha), Amran Ismail (Mat & Dragon Lord), Megat Shahrizal (Zeeboz) dan Maya Arissa (Ratu) sebagai watak penting dalam Filem Animasi SuperSquad.

Nak tahu ok ke tak cerita ini kenalah tunggu bila tiba waktunya ditayangkan ea.

Pstt! Dengar-dengar pelakon-pelakon yang terlibat pun akan hadir ke majlis tersebut :)

You May Also Like

3 reader dah komen